“Pengunaan Pembesar Suara Di Surau & Masjid Tak Perlu Diperlahankan…” – TMJ Keluarkan Titah

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengeluarkan arahan bahawa pembesar suara di semua surau dan masjid di negeri Johor tidak perlu diperlahankan.

Arahan itu dikeluarkan pada 29 September yang lalu dan disahkan melalui Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sebelum dimuat naik di laman media sosial.

Surat tersebut adalah mengenai titah Tunku Ismail bahawa arahan itu adalah melibatkan setiap masjid dan surau di seluruh negeri bagi melaksanakan program dakwah termasuk ceramah yang berperanan menyampaikan syiar Islam.

DYAM TMJ TITAH UNTUK TIDAK PERLAHANKAN PEMBESAR SUARA MASJID DI JOHOR

DYAM Tunku Mahkota Ismail menyokong usaha untuk menyampaikan syiar Islam dan berdakwah melalui masjid-masjid seluruh Johor.

Bangsa Johor bersyukur mempunyai TMJ yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Agama Islam. Semoga kita semua mengambil iktibar dan terus menyokong usaha ini dengan mengim4rahkan masjid dan surau di negeri Johor.” – Gerakan muafakat

Seluruh rakyat dan juga netizen menykong tindakan dan arahan Tunku Ismail itu bagi mengangkat lagi martabat islam dan juga membolehkan syiar islam disebar dengan meluas. 

Terdahulu, sekeping surat daripada penduduk di daerah Pontian tular di media sosial yang meminta supaya laungan azan daripada pembesar suara diperlahankan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Facebook via OMM

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Pengunaan Pembesar Suara Di Surau & Masjid Tak Perlu Diperlahankan…” – TMJ Keluarkan Titah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*