Tercalon Dalam Anugerah Oscar 2020, Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal Bersaing Dengan Frozen II

Tercalon dalam kateg0ri Filem Animasi terbaik Anugerah Oscar 2020, filem animasi terbitan Les Copaque Production, Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal jadi bualan hangat di media sosial.

Pencalonan ini menjadikan filem buatan Malaysia itu akan bersaing dengan filem animasi antarabangsa lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Burhanuddin Md Radzi memberitahu, penyertaan filem itu dibuat send1ri pihaknya dan ia tercetus selepas filem berkenaan berjaya mencipta nama di Festival Filem Montreal.

“Ketika saya ditemu bual wartawan di sana, saya diberitahu bahawa skrip filem ini berbeza dan memenuhi kemahuan penonton.

“Imej baru dan jalan cerita baharu yang pastinya dapat perhatian penonton di sebelah Barat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Burhanuddin turut berkongsi bahawa tayangan akan dibuat di Los Angeles sebagai memenuhi syarat pencalonan Oscar 2020

Malah, beliau berpendapat, usahanya untuk membawa Upin Ipin ke Oscar 2020 merupakan sebahagian daripada pembakar semangat buat pembikin filem tempatan.

“Dengan pendedahan seluas  ini, saya h4rap Upin Ipin akan berada di peringkat seterusnya.

“Saya nak bakar semangat pembikin filem di Malaysia supaya mereka membuat sesuatu setaraf pembikin filem antarabangsa.

“Janganlah berada di takuk lama saja, asyik nak jual dalam Malaysia semata-mata,” jelasnya.

Sebelum ini pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah menghantar filem dokumentari M for Malaysia untuk mewakili Malaysia dalam kateg0ri Filem Antarabangsa Terbaik.

Berikut ialah senarai awal calon Filem Animasi terbaik Oscar 2020:

  1. Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris
  2. Abominable
  3. The Addams Family
  4. The Angry Birds Movie 2
  5. Another Day of Life
  6. Away
  7. Buñuel in the Labyrinth of the Turtles
  8. Children of the Sea
  9. Dilili in Paris
  10. Frozen II
  11. Funan
  12. Genndy Tartakovsky’s ‘Primal’ – Tales of Savagery
  13. How to Train Your Dragon: The Hidden World
  14. I Lost My Body
  15. Klaus
  16. The Last Fiction
  17. The Leg0 Movie 2: The Second Part
  18. Marona’s Fantastic Tale
  19. Missing Link
  20. Ne Zha
  21. Okko’s Inn
  22. Pachamama
  23. Promare
  24. Rezo
  25. The Secret Life of Pets 2
  26. Spies in Disguise
  27. The Swallows of Kabul
  28. This Magnificent Cake!
  29. The Tower
  30. Toy Story 4
  31. Weathering with You
  32. White Snake

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tercalon Dalam Anugerah Oscar 2020, Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal Bersaing Dengan Frozen II"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*