“Kali Ni Perut Memang Tak Boleh Sorok Dah” – Syida Melvin Umum Hamil Anak Pertama

Pelakon baru Syida Melvin mendedahkan dia sedang hamil lima bulan.

Menurut Syida, dia tidak mampu untuk berahsia lagi kerana perutnya makin hari makin membesar.

“Masya-Allah, Masya-Allah. Bismillahirahmanirahim kami sudah bersedia untuk berkongsi berita gembira ini dengan semua orang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bini punya segak tapi dia nak amek gambaq tunjuk butter chicken tu ja ???! 🤪🤪🤪 (padahai pilih gambaq ni sbb the only gambaq yg nampak kurus) kbye.

A post shared by CDA (@syidamelvin) on

“Alhamdulillah, ramai orang dok main teka teki di setiap posting Syida, setiap story Syida.

“Asyik tanya ‘eh Syida pregnant ke? Eh tu macam baby bump jeee’ hahaha!

“Power lah hampa ni. Kali ni perut memang dah tak boleh sorok lagi dah sebab dah besaq,” tvlisnya.

Tambah adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu, dia mendedahkan tidak mengalami sebarang ‘morning sickness’ pada trimester pertama.

“Alhamdulillah Syida tak ada morning sickness, cuma alah bau bauan macam perfume dan benda-benda wangi je lah (5 bulan dah tak pakai perfume)

“Syida mintak hampa doakan semuanya selamat okay? Nanti Syida share lagi ini bayi lelaki atau perempuan,” tvlisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MashaAllah MashaAllah Bismillahirahmanirahim.. we are finally ready to share this good news with everyone 🙈 Alhamdulillah, ramai orang dok main teka teki di setiap posting cda, setiap story cda. Asyik tanya ‘Eh Syida pregnant ke? Eh tu macam baby bump jeee’ hahaha! Powerrrr lah hampa ni. Kalini perut memang dah tak boleh sorok lagi dah sebab dah besaq 🙈 Alhamdulillah cda takdak morning sickness, cuma alah bau bauan macam perfume & benda2 wangi jalaaaa (5bulan dah tak pakai perfume) 🤪 Cda mintak hampa doakan semuanya selamat okay? Nanti cda share lagi ini baby boy or girl 👶🏻💋 #teringinnakmakanlaksa #badanpelandokgemok #mukakembang #cantwait 😍

A post shared by CDA (@syidamelvin) on

Syida berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Syida mengenakan pakaian berwarna kuning yang memperlihatkan bentuk ‘baby bump’ di tubuhnya.

Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis serta peminat yang rata-rata turut mengucapkan tahniah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Raya ke-4. Thank you Tan Sri Rahmat & Puan Sri Yasmin for having us ♥️

A post shared by CDA (@syidamelvin) on

Syida dan suaminya yang merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid, Mohamad Syafiq Azim Shaheen berkahwin pada 19 Januari lalu.

Pasangan ini telah diraikan dalam lima majlis resepsi yang diadakan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Syida selamat bertunang dengan Syafiq pada Jun tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, saksikan Syida berkongsi mengenai kisah suka dvka kehidupannya dalam episod penuh program terbaru berjudul Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube bermula 17 Oktober ini. 

Curhat merupakan kisah inspirasi selebriti mengenai kehidupan mereka, kecekalan, ketabahan dan usaha yang dilakukan mereka sehingga mampu berada ditahap sekarang. 

Curhat juga boleh ditonton di www.gempak.com/curhat.  

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kali Ni Perut Memang Tak Boleh Sorok Dah” – Syida Melvin Umum Hamil Anak Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*