“Saya nak kabo Maya Karin silap” – Jangan Pandang Sebelah Mata, Budak Dari Terengganu Ni Sebenarnya Power Speaking English

Korang masih ingat lagi tak isu viral melibatkan pelakon terkenal, Maya Karin yang katanya telah berjumpa dengan pelajar dari Terengganu tapi budak tu tak pandai cakap Bahasa Inggeris.

Well, nampaknya Maya Karin mungkin ‘terciduk’ kali ini kerana pelajar dari Terengganu telah tampil memberikan kenyataannya berikutan komen Maya Karin tersebut. Ops! 

“Saya nak kabo kenyataan Maya Karin dalam statusnya di Twitter sebelum ini silap, walaupun dia doh tampil menjelaskan hal sebenar” 

Menurut Harian Metro, Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Paka, Dungun, Wan Muhammad Yusuf Wan Roslan ni berkata, apa yang diujarkan Maya Karin terhadap pelajar Terengganu baru-baru ni ternyata silap belaka.

“Saya nak kabo (jelaskan) kenyataan (selebriti) Maya Karin dalam statusnya di Twitter sebelum ini silap, walaupun dia (pelakon itu) doh tampil menjelaskan perkara sebenar,” kata Wan Muhammad Yusuf.

Sumber: HM

Lebih membanggakan, pelajar ni telah mewakili Terengganu dalam pertandingan ‘storytelling’ sempena Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan di Besut dan telah mendapat tempat pertama dengan mengetepikan saingan peserta dari Selangor dan Pahang yang berada di tempat kedua dan ketiga. Wow!

Wan Muhammad Yusuf bukti pelajar Terengganu boleh speaking, Maya Karin perlu lebih berhati-hati

Tambah pelajar tu lagi, dia yang mewakili pelajar Terengganu khususnya murid sekolah rendah dah buktikan yang mereka sebenarnya boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan perkara ni dapat dilihat dengan kejayaan dalam pertandingan tersebut.

“Justeru saya h4rap kakak Maya lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini kerana ia boleh mengguris hati murid di sini (Terengganu), termasuk saya.

“Kenyataan itu tidak patut keluar daripada seorang yang begitu dikenali,” katanya yang menempelak pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam tu.

Sumber: HM

Dalam masa yang sama, pelajar ni juga tak mahu kenyataan yang dikeluarkan pelakon terbabit bakal melemahkan semangat murid sepertinya.

“Kita harus lihat kenyataan itu daripada sudut positif dan sebagai pembakar semangat untuk membuktikan murid di Terengganu juga mampu bercakap dengan baik dalam Bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Haa jangan main-main dengan budak Ganu… Siapa kata dorang tak pandai speaking?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Lobak Merah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya nak kabo Maya Karin silap” – Jangan Pandang Sebelah Mata, Budak Dari Terengganu Ni Sebenarnya Power Speaking English"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*