Sama Tapi Tak Serupa..Mira Filzah Ada Iras Neelofa?

Ketika Miss K sedang gigih menggoreng keropok keping untuk dibuat kudapan bersempena konsert pertama Gegar Vaganza 2019 malam tadi, peti e-mel Miss K berbunyi.

Rupanya, ada satu e-mel baru k1riman seorang pembaca bernama Asmah.

Pembaca itu hanya memberikan empat keping foto screen shot komen-komen netizen di laman Twitter.

Subjek yang diperkatakan ialah mengenai pelakon Mira Filzah dan pengacara Neelofa.

“Miss K, komen sikit please,” tvlisnya ringkas.

Bagi Miss K, mungkin gaya fesyen yang ditampilkan Mira agak serupa dengan Neelofa.

Apa yang Miss K tahu, penata gaya terkenal, Abu Shaef Hamza yang sering bekerjasama dengan Neelofa kini turut menjadi penata gaya Mira.

Mungkin sebab tu fesyen mereka kelihatan sama kot. Sama tapi tak serupa gitu.

Bagi Miss K send1ri, mari kita pandang dari sudut positif.

Mira cantik, Neelofa cantik, kedua-duanya jelita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Vibes in Nice are pure bliss

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Ada kelebihan masing-masing dan pastinya ada kekurangan yang kita send1ri tak tahu.

Tak salah pun kalau ada gaya atau penampilan yang serupa.

Bagi Miss K, apa yang patut ditiru bukanlah gaya Neelofa.

Tapi, kita harus meniru usahanya untuk berjaya dan terus berjaya.

Lihat sahaja usaha Neelofa untuk memperkenalkan namanya di persada antarabangsa serta perniagaannya yang berkembang maju, itu yang harus dijadikan contoh.

Tak gitu?

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sama Tapi Tak Serupa..Mira Filzah Ada Iras Neelofa?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*