Biarpun Kudvng Tangan, Namun Aksi Wanita Ini Pakai Tudung Buat Ramai Kagum!

Setiap insan yang wujud di dunia ini diciptakan berbeza-beza dan ada keistimewaan masing-masing. Ada orang dilahirkan sempurna akal dan fizikalnya namun ada juga yang mempunyai kekurangan. Namun setiap kekurangan itu ada kelebihannya.

Baru-baru ini tular dengan rakaman seorang gadis tanpa tangan memakai tudung dan hasilnya cukup cantik. Difahamkan gadis tersebut yang bernama Puan Nor Farrah Syahirah Shah yang dilahirkan tanpa tangan.

Namun apa yang membuatkan orang ramai kagum apabila melihatkan caranya memakai tudung dengan menggunakan kaki. Malah hasilnya memang kemas dan sama seperti orang biasa memakai tudung.

Difahamkan Puan Nor Farrah Syahirah Shah dari Komuniti Teluk Intan dijemput untuk memberikan motivasi kepada pelajar tingkatan 3 di SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak.

Dalam program tersebut juga Puan Nor Farrah turut berkongsikan mengenai kehidupannya sebagai OKU dari kecil sehinggalah dia mampu berdikari send1ri.

Tonton video yang memaparkan Puan Nor Farrah sedang memakai tudung di bawah:

Jelas terbukti biarpun kudung tangannya namun Puan Nor Farrah mampu melakukan tugasan hariannya send1ri tanpa bantuan orang lain. Tudung shawl itu pun dia boleh pakai send1ri. Hebat!

Di Facebook, video yang sama telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya men1ngg4lkan komen seperti berikut:

“Amazing..wow..u look beautiful”

“….Hebatnya kamu…”

“Subhanallah cantik dan pandai adik ini..”

Tiada alasan untuk tidak ‘berd1ri di kaki send1ri’ dan berusaha dalam mendapatkan sesuatu. Anda pula bagaimana?

 

Sumber: Azmiah Mahmud via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Biarpun Kudvng Tangan, Namun Aksi Wanita Ini Pakai Tudung Buat Ramai Kagum!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*