Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Komen Neelofa Terhadap Graduan UUM Ini Tarik Perhatian

Nampaknya, musim konvokesyen sudah bermula dengan kebanyakkan institusi pengajian mula mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan pelajar-pelajar mereka. Saat ini merupakan saat indah buat pelajar untuk mengambil segulung ijazah.

Semalam, kejayaan seorang pelajar graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Nur Athirah Rushami Zien menjadi bualan hangat netizen selepas dia berjaya meraih anugerah Pelajaran Diraja dalam majlis graduasinya. Memang hebat betul!

Beauty with brain

Video berdurasi 40 minit ini mendapat lebih 58k retweet yang rata-ratanya memuji kepintaran gadis yang baru berusia 23 tahun ini. Menerusi video tersebut, pelajar yang dikenali sebagai Athirah itu telah berjaya memperolehi keputusan dekan 4 flat selama 7 semestar berturut-turut.

Buat pengetahuan semua, Athirah merupakan angkatan pelajar pertama dalam program asasi pengurusan UUM pada tahun 2014. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Falsafah Undang-Undang dan Perniagaan. Dan kini beliau berjaya menamatkan pengajiannya dengan PMK 3.99. Memang luar biasa dan hebat!

Tiada rahsia kejayaan

Menerusi Berita Harian, Athirah tidak mempunyai resepi kejayaan yang luar biasa kecuali sentiasa memberi fokus di dalam kelas.

Apabila kursus baru, ia agak sukar bagi pelajar dan pensyarah itu send1ri untuk membawa subjek yang perlu dipelajari, apatah lagi hanya 13 orang yang mengikuti kursus ini, dengan kerjasama baik daripada rakan sekelas serta pensyarah, alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Menurutnya, dia sentiasa gigih untuk cemerlang setiap semester meskipun sibuk dengan aktiviti kokurikulum.

Dapat perhatian Neelofa

Malah kejayaan beliau turut mendapat perhatian pelakon dan usahawan berjaya, Neelofa. Dia mengucapkan tahniah atas kejayaan itu dan berhasrat untuk memberi cenderahati penghargaan bagi meraikan pelajar ini.

Mendapat pujian ramai

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Are Fiq via OHBulan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Raih Anugerah Pelajaran Diraja, Komen Neelofa Terhadap Graduan UUM Ini Tarik Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*