Istiqomah Budak 7 Tahun, Tidak Tinggal Solat Fardhu dan Dhuha

Seorang budak 7 tahun, Muhammad Haziq Amsyar Ahmad Mustamam telah menarik perhatian pengguna media sosial. Foto Amsyar yang solat Dhuha seorang d1ri mula menjadi viral di laman sosial apabila guru di sekolahnya, di Kota Bharu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1 telah memuat naik gambar tersebut kelmarin.

Ketika murid-murid lain sibuk bergegas ke kantin untuk membeli makanan, Muhammad Haziq Amsyar, seorang murid tahun satu Sek.Keb Sultan Ismail 1, menggunakan masa tersebut untuk menunaikan solat sunat Dhuha di surau.

 

Image result for Istiqomah Budak 7 Tahun, Tidak Tinggal Solat Fardhu dan Dhuha

“Apabila tiba waktu rehat pada jam 9.45 pagi, saya akan makan makanan yang dibekal ibu terlebih dahulu sebelum ke surau untuk menunaikan solat Dhuha. Setakat ini, tak ada masalah untuk solat kerana ia dilakukan pada waktu rehat,” ujar adik Mustamam, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar, Selasa 16 Februari 2016.

Biarpun begitu bapa kanak-kanak tersebut, Ahmad Mustamam Alang Ahmad, 39, menjelaskan anak sulung daripada empat adik beradik itu tidak mempunyai sebarang kelebihan, sama seperti rakan sebayanya yang lain, cuma dia jenis yang pentingkan kesempurnaan.

Ditanya caranya mendidik anak, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, Pasir Mas, ini memberitahu, dia dan isteri yang juga doktor di Klinik Kesihatan Bandar, Tengku Nor Adlina Raja Hussin, 36, lebih mementingkan akhlak berbanding akademik.

“Saya dan isteri amat mementingkan akhlak anak-anak. Didikan solat lima waktu diajar sejak kecil lagi dan Amsyar mula solat penuh sejak usia 5 tahun. Tambahan pula, dia berdisiplin dan kadang-kadang dia pula menunggu kita solat berjemaah. Dia mula amalkan solat Dhuha pada tahun ini tanpa men1ngg4lkannya. Kami ajar dia send1ri dan Alhamdulillah, dia mudah ingat.”

“Saya dan keluarga selalu juga solat Dhuha tetapi tidak setiap hari. Bila nak solat Dhuha, dia tanya mengenai kelebihannya. Minat Muhammad Haziq Amsyar untuk menunaikan ibadah sunat itu apabila mendapat penjelasan tentang kelebihan solat itu daripada datuknya, Raja Hasan Raja Bongsu, 85, dan neneknya, Tengku Kamariah Tengku Losin, 80.”

“Bukan solat Dhuha sahaja, Amsyar juga suka solat Tahajjud, dia selalu berpesan kepada saya supaya kejutkannya solat Tahajjud tetapi saya tidak galakan sangat pada hari sekolah, bimbang dia mengantuk di sekolah nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Guru, Pintu Geng di sini hari ini.

“Amsyar mengaji al-Quran dengan neneknya dan kami tidak pernah menghantarnya ke kelas mengaji khas. Sekarang, dia boleh membaca dengan baik 15 juzuk al-Quran,” katanya yang menetap di Taman Guru, Kota Bharu.

Tambah Ahmad Mustamam, dia mula menghantar Amsyar ke sekolah sejak usia empat tahun lagi di tadika swasta berdekatan kediamannya.

“Sejak awal sesi persekolahan pada Januari lalu, saya solat (Dhuha) seorang d1ri sahaja. Solat ini hanya beberapa minit sahaja dan saya masih ada masa untuk bermain dengan rakan lain kerana waktu rehat setengah jam.” tambah anak sulung daripada empat adik-beradik itu.

“Dia turut mengajak rakan-rakan sekelasnya untuk menunaikan solat Dhuha bersama di surau sekolah dan ada kawan-kawan ikut solat dengan saya sekarang,” katanya yang bercita-cita untuk bergelar anggota polis.

Dalam pada itu, guru besar sekolah, Mohd Nawawi Kelasah memberitahu, amalan muridnya itu wajar dijadikan contoh kepada murid lain.

“Di sekolah, tiada paksaan untuk murid, namun kami amat menggalakkan jika ada yang mengamalkannya. Di sini, murid tahun enam memang mempraktikkan bacaan Yasin dan solat.”

“Untuk murid tahun satu hingga lima, mereka digalakkan untuk solat dan jika dilakukan pada waktu rehat, ia tidak mengganggu waktu pembelajaran,” kata Mohd Nawawi lagi.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Istiqomah Budak 7 Tahun, Tidak Tinggal Solat Fardhu dan Dhuha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*