Inilah 5 Golongan Yang Wajib Membayar Fidyah Puasa.

1)  Mereka yang melambatkan qada’ puasanya hingga melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.

2)  Uzur menunaikan puasa wajib. Golongan ini terd1ri daripada mereka yang s4kit teruk dan tidak mempunyai h4rapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Kadar fidyahnya ialah sehari secupak makanan kepada f4kir miskin.

3)  Perempuan yang h4mil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuat1ri berlaku kegvgvran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.

4)  Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memud4ratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.

5)   Orang yang telah men1ngg4l dunia. Hutang puasa bagi mereka yang telah men1ngg4l dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Membayar fidyah ertinya memberi orang miskin makanan sebanyak satu mud untuk satu hari tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika tidak berpuasa sehari, fidyahnya satu mud. Jika dua hari, fidyahnya dua mud, dan seterusnya.

Mud adalah ukuran isipadu (bukan berat) yang setara dengan isipadu 544 gram gandum. 

Menurut jumhur ulama, fidyah dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri (ghaalibu quut a-balad). Jadi di Malaysia, fidyah dibayar dalam bentuk beras, yang isipadunya satu mud. 

Apakah fidyah boleh dibayarkan dalam bentuk wang ? 

Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.

Manakala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya. Fidyah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).

Biasanya pusat pungutan zakat menerima bayaran dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada fakir miskin dalam bentuk beras.

.

Jika Tidak Mampu Membayar Fidyah. Jika pada Ramadan tahun lalu dia di dalam keadaan tidak mampu (miskin atau fakir), maka dia tidak wajib membayar fidyah. Inilah pendapat Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab, iaitu gugurnya kewajiban fidyah bagi orang yang tidak mampu. Pendapat ini disepakati juga oleh Ibnu Hajar. 

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Inilah 5 Golongan Yang Wajib Membayar Fidyah Puasa."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*