Hampir dua bulan bergelar suami, berat badan Nadzmi Adhwa kini naik mendadak

Nadzmi menerusi penampilan terkini (kanan) kelihatan lebih gempal berbanding sebelum ini.

PELAKON Nadzmi Adhwa mendedahkan berat badannya kini mencecah 80 kilogram daripada 65 kilogram sebelum ini selepas hampir dua bulan bergelar suami kepada pelakon Ardell Aryana.

Menurut Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 27, ia gara-gara bakat isterinya yang pandai memasak membuatkan selera makannya semakin bertambah.

“Tengok saya semakin berisi bukan? Sekarang berat badan saya sudah mencecah 80 kilogram daripada sebelum ini 65 kilogram sahaja.

Nadzmi bersama isteri, Ardell Aryana.

“Ia berpunca daripada isteri saya kerana dia memang seorang yang pandai masak… makanan dia buat semuanya sedap. Apa sahaja dia masak, saya kena makan sebab nanti takut dia kecil hati.

“Lagipun Ardell anak chef… berilah dia apa sahaja barang, dia tahu je nak masak apa. Saya paling suka kalau dia masak lemak cili api siput sedut dan sambal petai,” katanya kepada mStar.

Nadzmi ditemui pada sidang media Tayangan Perdana Filem Anak Perjanjian sy4it4n di eCurve, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nadzmi memberitahu dia kini sedang berusaha untuk mengembalikan semula berat badan ideal selain bimbang mengalami masalah kesihatan sekiranya memiliki berat badan berlebihan.

“Nampaknya selepas ini saya terpaksa bekerja keras untuk kecilkan balik badan saya.

 

Saya paling suka kalau dia masak lemak cili api siput sedut dan sambal petai.

NADZMI ADHWA

Pelakon

“Dulu kalau berlari saya steady lagi… sekarang berlari sedikit saya dah mengah.

“Kalau boleh saya tak mahu lakukan ia secara drastik sangat, Insyallah perlahan-lahan dalam tempoh tiga bulan mungkin boleh kurus semula,” katanya.

Nadzmi dan Ardell Aryana selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September lalu.

Pada majlis itu, Ardell menerima senaskhah Al-Quran dan mas kahwin RM300 selain masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.

Dalam perkembangan lain, Nadzmi bakal muncul menerusi filem ser4m berjudul Anak Perjanjian sy4it4n yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 24 Oktober depan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hampir dua bulan bergelar suami, berat badan Nadzmi Adhwa kini naik mendadak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*