GV2019: “Persembahan Agk Teruk” – Ameer Sofazr Akhirnya buat Penjelasan Bila Di Komen Tok Ram

Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Ameer Sofazr melahirkan rasa syukur apabila namanya terpanggil sebagai bintang ke-12 yang akan mara ke konsert minggu ketiga.

Hampir tersingkir, Ameer reda apabila menerima kritiikan daripada juri tetap Datuk Ramli MS yang mengatakan persembahannya menerusi lagu send1ri, Dan Bila Esok agak teruk.

“Kalau ikut pada komen Tok Ram tadi, memang ada kesilapan yang saya tak patut buat. Saya bersetuju dengan komen ‘agak teruk’ yang diberikan.

“Selepas selesai, saya tonton balik persembahan memang betul ada vokal saya yang tak stabil. Apa sahaja komen yang diberikan, saya akan perbaiki untuk konsert minggu depan,” ujar Ameer kepada Gempak. 

Ameer ditemui seusai konsert minggu kedua GV2019 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.

Bakal menyanyikan lagu Samrah Mentari nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah pada minggu ketiga GV2019, Ameer akan cuba untuk tampilkan kelainan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mekaseh byk2 @syafieq_ayman .ada byk mingu lagi..matey la ko .🤣🤣🤣🤣. Padanan warna yg segar..😗😗😗.tapi hengat sket yg pakai org tua.🤣🤣🤣😂😂..tq pic mak iti @bynanaazman .

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

“Terdahulu saya pernah bawa lagu-lagu berentak irama Malaysia tetapi lagu ini agak susah.

“Berbeza dengan genre saya, Insya-Allah saya akan cuba menari ikut penari-penari supaya tidak kekok di atas pentas. Saya akan berikan yang terbaik,” tambah Ameer lagi. 

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

Produk yogurt tanpa gula Farm Fresh Malaysia membantu meningkatkan kolestrol baik dan merendahkan tekanan d4rah.

GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "GV2019: “Persembahan Agk Teruk” – Ameer Sofazr Akhirnya buat Penjelasan Bila Di Komen Tok Ram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*