16 Kesal4han Bertudung Yang Sering Dilakukan Oleh Wanita

Kesalahan bertudung yang sering dilakukan oleh ramai wanita diluar sana. Jom, semak senarai dibawah.  Kita ditahap yang mana? Faham ke konsep bertudung yang sebenar?

1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2.. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.

3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbel4h kainnya.

4. Bertudung tetapi bajunya send4t, semp1t dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘mengg0da’.

5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.

6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.

7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.

10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.

11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.

13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.

14. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.

15. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).

16. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]

Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terd1ri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam ner4ka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]

Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: akuislam.com

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "16 Kesal4han Bertudung Yang Sering Dilakukan Oleh Wanita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*