Amalkan Doa Ini Selepas Solat Untuk Memohon Petunjuk

Daripada ‘Abdullah (‘Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa:

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta,).”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2721)

Matan Hadith :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

[صحيح مسلم ,كتاب الذكر والدعاء والتوبة والاستغفار ,باب التعوذ من شر ما عمل ومن شر ما لم يعمل, رقم الحديث 2721]

Pengajaran Hadith :

Maksud hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akh1r4t.

Jika seseorang yang menginginkan agar d1rinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang bvruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.

Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti dalam hadith tersebut.

Sumber rujukan :

1. Kitab Sahih Muslim

2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Amalkan Doa Ini Selepas Solat Untuk Memohon Petunjuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*