Setiap orang ada cara tersendiri bagi mengajar anak-anak mereka sedari bayi lagi, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai cara bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan dan asuhan yang terbaik.
Baru-baru ini angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah memuatnaik video di instagramnya, bagaimana untuk mengajar bayi seusia 4 bulan memberi respon dengan apa yang diajarkan. Beliau mempunyai pendekatan sendiri dalam mengajar bayi kembarnya yang baru berusia empat bulan!
Perkongsiannya di Instagram mendapat perhatian netizen yang tertarik dengan caranya itu. Ini mungkin akan memberi inspirasi kepada orang lain yang menontonnya.
Bukan untuk faham tapi tinggalkan kesan memori
“Di usia 4 bulan, kami menukar flashcard titik hitam & putih dan nombor kepada flashcard perkataan bersaiz besar warna merah. Topik yang digunakan termasuklah negara, bendera, haiwan mamalia dan sebagainya. Bagi minggu ini saya pilih topik warna untuk anak-anak ini.
Bukan soal mereka untuk memahami perkataan tersebut akan tetapi bagi meninggalkan kesan memori bagi membantu mereka mengenalpasti perkataan berkenaan di masa depan. Kami amalkan cara ini kepada kakak-kakak mereka dan Bella boleh mula membaca ketika berusia 3 tahun manakala Tasha pada umur 3 tahun setengah.
Saya tunjukkan flashcard cepat-cepat sebab mereka mempunyai tempoh perhatian yang pendek. Apa yang lebih penting mereka boleh fokus dan teruja melihat flashcard berkenaan.
Praktikkan cara ini dua kali sehari selama seminggu dan tukar topik setiap minggu kerana mereka mudah bosan.”
Cara yang ditunjukkan oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ini ada kelebihannya, dimana anak-anak kecil tidak akan mudah bosan dan sebaliknya mereka rasa seronok dan selesa.
Reaksi netizen
Bagi sesetengah orang berpendapat bahawa bayi seusia 4 bulan bukanlah masa yang sesuai untuk didedahkan kepada pembelajaran. Tetapi sebenarnya ketika itu la paling sesuai kerana otak mereka masih segar dan mampu menerima segala apa yang diajar walaupun merka belum mampu bercakap dan memberi tindak balas yang kita mahukan.
Sumber: Instagram/Dr Sheikh Muszaphar via aliffchannel.com
Be the first to comment on "[VIDEO] Cara Dr Sheikh Muszaphar Ajar Anaknya Yang Berumur 4 Bulan Sangat Menarik Dan Mendapat Pujian Dari Netizen"