Kelibat Adam Corrie Jadi Penari Latar Madah Berhelah Ziana Zain Tular, Ramai Terkejut Rupanya!

Percaya atau tidak, pelakon yang sering memegang watak g4ngster dalam filem-filem pecaah panggung, Adam Corrie Lee pernah memulakan karier sebagai penari latar suatu ketika dahulu.

Terbukti menerusi rakaman video lagu Madah Berhelah ketika Anugerah Juara Lagu tahun 1992 yang memaparkan aksi dram4t1k Adam tular di media sosial.

Terhibur apabila netizen mula menyeru namanya menerusi video terbabit, Adam akui dia dahulunya pernah bergelar koreografer tarian!

“Haa ramai betul tag Saya.. haa terkejut ye tengok saya menari back up Ziana Zain di AJL 92,” akui Adam.

VIDEO :

Malah, jika anda terlepas fakta menarik ini, Adam pernah menjadi jurutari Akademi Fantasia 2 dan 4.

“Kan saya dah kata, saya bukan ustaz. Saya dulu koreografer tarian. Saya dulu jurutari AF 2 & AF 4.

“Saya masih lagi seorang Pelakon. Dulu belum Islam.. sekarang dah Islam,” tambahnya.

Adam pernah menggunakan nama Frankie Lee sekitar tahun 1980-an hingga 2000 dan pernah menjuarai Pertandingan Tarian Peter Stuyvesant pada tahun 1995 dan Big 2 World Dance Championship pada 1999.

Selain itu, Adam pernah terbabit dalam produksi teater Mahsuri di Istana Budaya dan rancangan popular lain seperti Mari Menari, Mentor dan Bintang RTM.

Penantian 10 tahun pelakon Adam Corrie dan isteri untuk menimang cahaya mata berakhir selepas isterinya, Fazeema Fuad selamat melahirkan bayi lelaki pada bulan Julai tahun lepas di sebuah hospital swasta di Ampang.

Pelakon filem KL Ganster itu melahirkan rasa syukur ke hadrat ilahi atas kelahiran anak sulungnya yang digelar ‘Baby Lee’.

“Alhamdulillah.. bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi.. jutaan terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan kami,” tulisnya.

Di dalam satu video terbaru yang dimuatnaik di laman Instagram, Adam Corrie mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina bersama-sama anaknya, Baby Lee yang sangat comel.

“Selamat Tahun Baru Cina, gong xi fa cai..Senyum selalu, Selalu Bersangka baik, InsyaAllah hati tenang”

Rata-rata peminat mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Adam Corrie dan sangat geram dengan kecomelan Baby Lee.

Adam Corrie Lee merupakan seorang selebriti Malaysia yang dikenali sebagai pelakon lelaki Malaysia yang sering memegang watak antig0nis.

Ramai mengenali beliau dengan watak Dragon dalam filem KL G4ngster.

Adam dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera, Adam mampu berbahasa Kant0nis, bahasa Hokkien, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik sekali.

Sebelum ini, Adam merupakan seorang pereka tari profesional (koreografer) dan pelakon di Malaysia yang sudah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun dengan lakonan filem sebanyak 31 buah filem.

Adam Corrie amat dikenali sebagai pelakon ant4gonis dan pada awal penglibatan beliau sebagai penari yang sering muncul di kaca televisyen RTM antaranya rancangan Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik.

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Tahun Baru Cina gong xi fa cai . . Senyum selalu Selalu Bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie #cinaMuslim #adamfatehlee #anakCinaMelayu #CNY

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Adam juga seorang kolumnis jemputan di surat khabar Metro Ahad setiap hari Ahad sejak 2016 hingga kini.

Artikel beliau di kolum hidayah yang diterbitkan setiap hari Ahad.

Pada tahun 2017, Adam telah di anugerahkan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita peringkat negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2017.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kelibat Adam Corrie Jadi Penari Latar Madah Berhelah Ziana Zain Tular, Ramai Terkejut Rupanya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*