Tidak Lagi Ditaja Produk Kosmetik, GV6 Catat Rekod Dapat 5 Penaja Baru

Rancangan hiburan popular Gegar Vaganza musim keenam (GV6) memecahkan rekod sendiri apabila mendapat lima tajaan.

Menurut Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, penukaran penaja untuk musim kali ini bukan disebabkan kontroversi penaja terdahulu.

“Penaja terdahulu tidak buat silap pun, mana-mana penaja tidak kita dahulu atau sekarang semuanya membantu program Gegar Vaganza.

“Tanpa penaja tak sampailah GV6 ini. Semestinya penaja yang terlibat dengan semua musim GV disebabkan kredibiliti dan kepercayaan rancangan itu sendiri,” katanya kepada Gempak.

Buat julung kalinya, pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh hadir sebagai penaja utama GV6 dan disokong oleh tiga penaja bersama Adabi, Cuckoo dan Uphamol.

Syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

GV musim keenam akan memulakan siarannya selama lapan minggu bermula 13 Oktober ini.

Antara penyanyi yang akan bertanding kali ini ialah Wann, Sham Visa dan Noorshila Amin.

Turut bersaing dengan mereka ialah Naqiu Boboy, Jatt, Roy, Ameer Sofazr, Hady Mirza, Mazleela, Feeza, Nurfatima dan kumpulan Kool serta One Nation Emcees.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tidak Lagi Ditaja Produk Kosmetik, GV6 Catat Rekod Dapat 5 Penaja Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*