Setelah Menjadi Saudara Baru, Kini Ayana Moon Dedah Seorang Lagi Ahli Keluarga Turut Berhijrah

Bintang media sosial yang terkenal, Ayana Jihye Moon merupakan seorang gadis Korea mualaf yang telah memeluk agama islam sekali gus mencuri perhatian ramai.

Baru-baru ini, Ayana telah memaklumkan adik lelakinya juga telah memeluk agama Islam beberapa bulan lalu.

Berita gembira tersebut dikongsi Ayana menerusi satu komen yang dibalas di ruangan komen Instagram miliknya.

“@norjenabuka_ Dia sudah masuk Islam sudah 3-4bulan. Alhamdulillah.”tulisnya.

Di samping itu, Ayana juga turut berkongsi insan bergelar Imam yang telah banyak membantu dia dan adiknya ketika mahu memeluk agama Islam.

“Meeting session with Imam of Seoul Central Masjid @abdrahmanlee . It’s always glad to meet him. He always shares many good ideas. Hopefully we can manage some Dakwah programs in Korea. InsyaAllah.“And he is the person who guided my syahadah as an Imam and also as a witness. To my brother as well.

“His endless hard work for Korean muslims and muslims in Korea encourges me a lot. Always. Jazakallahu khairan. Allahu Akbar 바쁘신 와중에도 귀한 시간 내주셔서 감사합니다, 이맘님 #muslim,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat terharu dan gembira dengan berita yang dikongsikan gadis cantik ini.

Terdahulu, bintang media sosial berusia 23 tahun itu telah memeluk agama Islam pada tahun 2012.

Malah, dia juga turut mendedahkan beberapa keping foto si adik yang sekali gus membuatkan ramai gadis mengusik!

Doa yang baik baik sahaja

I think he is the only guy (maybe) who can touch and hold my cheeks like this. Sooo s4kit tapi dia senang -ayana-

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Instagram Ayana via rimbabara

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Setelah Menjadi Saudara Baru, Kini Ayana Moon Dedah Seorang Lagi Ahli Keluarga Turut Berhijrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*