“Sah Undur Diri Dari Akim & The Majistret” – Zimi Buka Mulut Cerita Apa yang Berlaku

Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Zahari mengambil keputusan untuk keluar daripada menjadi anggota kumpulan Akim & The Majistret sejak tiga minggu lalu.

Bercakap kepada Harian Metro, Zimi berkata keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan beberapa perkara selain menganggap bukan rezeki bersama kumpulan yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu.

“Saya masuk cara baik, jadi saya keluar pun cara baik. Pengunduran ini saya sudah maklumkan kepada semua ahli.

“Rezeki dan jodoh bersama Akim & The Majistret setakat ini sahaja. Mungkin Allah SWT sudah mengaturkan perjalanan saya yang lain pula,” kata Zimi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Ulang Tahun ke 62 Mydin .. #mydin62tahun @hotfm976

A post shared by ATM (@akim_themajistret) on

Tambahnya lagi, dia percaya dengan kemampuan diri dan dia bekerja kerana minatnya yang mendalam terhadap muzik.

Zimi juga enggan berkongsi sebab mengundurannya daripada kumpulan itu kepada umum.

“Biarlah apa yang terjadi antara kami sahaja yang tahu. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Cuma sejujurnya saya berasa sedih dan kecewa apabila perlu meningg4lkan kumpulan ini,” tambah Zimi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima Kasih Orang-orang Melaka! Ada masa kita jumpa lagi🤘🏻 tak lupa yang datang dari jauh korang memang power.. @hotfm976 #mydin62tahun

A post shared by ATM (@akim_themajistret) on

Menurut Zimi lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja selepas ini dan menerbitkan lagu untuk orang lain.

Tambahnya lagi, lagu ‘Yang Satu’ bersama kumpulan Akim & The Majistret merupakan karya terakhir bersama dengan kumpulan itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Harian Metro

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sah Undur Diri Dari Akim & The Majistret” – Zimi Buka Mulut Cerita Apa yang Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*