“Sedap-Sedap Makan, Sekali Sambal Lipas” – Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah mengakui kesal dengan sikap sesetengah perniaga yang tidak mementingkan kebersihan dalam menyediakan makanan dijual.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah berkongsi kisah makanan yang dimakan olehnya mempunyai seekor lipas.

“Samba lipas gileer. Tak penah terfikir akan terjadi pada kakak.

“Sedap-sedap makan, sekali sambal bersambalkan lipas. Tolonglah jaga kebersihan.

“Bagi orang makan kot. Muntah weh. Tolonglah alert. Sorry kakak post, kalu tak mungkin akan terjadi lagi,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sambalipas gileer..tak penah terfikir akan tjadi pada akak..sedap2 makan..sekali sambal bersambalkan lipas..tolonglah jaga kebersihan..bg org makan kot..muntah weh🤮🤮tolonglah alert..sori akak post,kalu tak mgkn akan terjadi lagi.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui kesal dengan sikap tidak bertanggung jawab perniaga tersebut dan berharap agar semua perniaga menjaga kebersihan dalam menyediakan makanan.

“@shahidatun_umira: Mesti dia masak sambal malam, lepas tutup api dia tak tudungkan periuk sambal, lipas buat kerja la semalam, dalam banyak-banyak lipas satu ni terjatuh dalam tu. Eeeyerrkkkkk.”

“@tirmue: Pengotor betul la. Nasib tak makan dengan lipas itu sekali. Pada semua perniaga silalah jaga kebersihan.”

“@addyabdullah_: Wekkkk aku paling geli lipas. Kembang tekak nengok. Kalau saya loya sebulan kot ieee meremang dah tengkuk aduhaii bertabahlah kak.”

Dalam perkembangan terkini, Noorkhiriah akan menyertai All Stars Buka Panggung akan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Program ini akan menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Berikut merupakan para All Stars yang akan bertanding dari minggu pertama hingga ke minggu ke lima.

 

All Stars Minggu Pertama

1) Datuk Aaron Aziz

2) Datin Seri Umie Aida

3) Naim Daniel

4) Liyana Jasmay

 

All Stars Minggu Kedua

1) Datuk Rosyam Nor

2) Datin Diana Danielle

3) Fizo Omar

4) Farahdhiya

 

All Stars Minggu Ketiga

1) Fahrin Ahmad

2) Zulhuzaimy

3) Sharifah Sakinah

4) Sweet Qismina

 

All Stars Minggu Empat

1) Datuk Fizz Fairuz

2) Johan As’ari

3) Rita Rudaini

4) Ruhainies

 

All Stars Minggu Lima

1) Fauzi Nawawi

2) Izzue Islam

3) Noorkhiriah

4) Mona Allen

 

Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu bagi merebut peluang bertanding pada minggu separuh akhir dan hanya empat peserta yang bakal melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi.

Untuk setiap minggu, juara mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air.

Program ini akan bersiaran selama 7 minggu bermula 6 September, setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sedap-Sedap Makan, Sekali Sambal Lipas” – Noorkhiriah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*