“Terpaksa Ganti Anak & Menantu Bersanding? ” – Netizen Suka Tengok Pasangan Lama Ini Bersanding Kembali

Apa korang akan buat kalau persiapan kahwin dah siap sepenuhnya tapi atas sebab tak dapat dielakkan, korang tak dapat bersanding pada hari yang dah ditetapkan?

Bagi Fatheen dan suaminya, mereka tidak mensia-siakan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk buat persiapan majlis persandingan dorang meskipun tak dapat hadir pada hari perkahwinan sendiri.

Satu posting di Twitter viral dan mendapat perhatian ramai orang dekat Twitter menunjukkan kedua ibu dan bapa Fatheen menggantikannya dan suami bersanding!

Malah, menurut Fatheen sendiri dia pernah bersembang dengan mama tentang majlis persandingan itu dan ternyata apa yang dikatakan menjadi kenyataan.

Mama je la sanding nanti, kita nak nikah je…”

Difahamkan, Fatheen dan pasangan tak dapat bersanding pada hari ditetapkan kerana suaminya itu perlu menjalani pembed4han di hospital. Disebabkan itu, ibu dan bapanya menjadi raja sehari menggantikan mereka.

Namun, rakan-rakan yang tahu tentang cerita itu sempat melawat Fatheen dan suami di h0spital pada hari persandingan mereka. Kata Fatheen, dia bersyukur sebab dikurniakan ibu bapa yang kuat dan positif.

Even dekat hospital pun happy je tengok semua gambar orang share, orang puji macam-macam. Bersyukur sangat dikurniakan parents yang sangat strong and positive.”

Ramai netizen yang memuji pasangan itu terutamanya mama Fatheen yang berjaya mencur1 perhatian mereka kerana wajahnya yang cantik dan awet muda.

Tak lupa juga yang turut mendoakan suami Fatheen supaya diberi kesembuhan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini.

 

 

Semoga cepat sembuh dan moga berbahagia buat Fatheen dan suami!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Lobak Merah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Terpaksa Ganti Anak & Menantu Bersanding? ” – Netizen Suka Tengok Pasangan Lama Ini Bersanding Kembali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*