Rezeki Selalu Rasa Tak Cukup. Suami Isteri Perlu Cek Ini

Sebahagian tanda-tanda untuk kita mengenali rezeki yang diberkati Allah ialah:

5.1. Apabila kita terasa mudah untuk mengerjakan solat dan juga melakukan amal ibadat yang lain. Dari rezeki yang diperolehi itulah kita dapat mengerjakan haji atau umrah.

5.2. Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita perolehi. Malah mungkin kadang-kadang kita rasa macam lebih dari mencukupi. Itu adalah orang yang memiliki sifat qana’ah. Sebaliknya ada orang yang telah memilki rezeki atau harta yang banyak tapi tidak pernah rasa puas mencari harta. Ini adalah tanda harta yang mereka perolehi tidak ada keberkatan disisi Allah.

Contoh tiada keberkatan ialah apabila kita dapat wang, rasa sekejap sahaja wang telah habis. Tetapi jika wang yang diperolehi itu ada keberkatannya ia terasa lambat habis malah mungkin dapat pula disimpan.

5.3. Suasana atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia. Permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh berpunca dari sumber rezeki. Bila bercampur harta halal dan h4ram seperti rasvah maka wang yang ada sentiasa rasa tidak mencukupi.

5.4. Orang sekeliling kita suka mendekati kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan mereka.

5.5. Anak-anak cemerlang dalam pelajaran mereka. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal lagi berkat sebab duit yang kita guna membeli makanan dan barang-barang untuk keperluan anak-anak sebenarnya ada kesannya.

5.6. Rumah kita kerap diziarahi tetamu. Kedatangan tetamu sebenarnya membawa rezeki dan keberkatan ke dalam rumah tangga kita.

5.7. Doa kita mudah dimakbulkan Allah. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud bahawa antara sebab doa yang tidak dimakbulkan Allah ialah kerana memakan dari rezeki yang h4ram.

Berusahalah untuk mencari rezeki yang halal di sisi Allah SWT agar kita memperolehi keberkatan darinya. Tidak ada guna sama sekali mencari rezeki atau kekayaan yang berasal dari sumber yang haram. Ini kerana kita akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah nanti di Padang Mahsyar di atas SEMUA harta dan kekayaan yang kita perolehi di dunia ini. Ingatlah bahawa ada tiga golongan manusia yang lama hitungan hisabnya di Padang Mahsyar nanti, iaitu:

6.1. Orang yang memiliki banyak harta kekayaan

6.2. Orang memiliki anak yang ramai

6.3. Orang yang memiliki ilmu yang banyak.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Islam Itu Indah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Rezeki Selalu Rasa Tak Cukup. Suami Isteri Perlu Cek Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*