Tergamam Melihat Kereta Diconteng Anak Perempuannya, Respon Lelaki Ini Buat Ramai Terkejut

Kereta sememangnya menjadi salah sebuah barang yang paling disayangi ramai lelaki di dunia. Jadi, tidak hairanlah hampir setiap lelaki memilki kereta idaman masing-masing sejak kecil lagi.

Namun, apakah perasaan anda sekiranya kereta idaman milik anda yang anda sayangi selama ini telah dijadikan sebagai ‘kanvas’ lukisan oleh anak anda?

Begitulah pengalaman seorang lelaki apabila mendapati kereta kesayangannya yang berwarna putih itu telah diconteng oleh anak perempuan dengan menggunakan pen berdakwat kekal.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang ini telah memuatnaik beberapa keping gambar keretanya yang telah mendapat ‘sentuhan khas’ anak perempuannya itu ke laman Facebook beliau.

Daripada gambar tersebut, anak Yang boleh dilihat masih leka menconteng kereta kesayangan milik ayahnya itu tanpa menyedari perbuatannya itu bakal mendatangkan masalah.

Namun bagi Yang, ianya bukanlah sebuah perkara yang besar dan beliau menganggap ianya sebagai salah satu proses pembelajaran seorang kanak-kanak.

Bukan sahaja tidak menyuruh anak perempuannya berhenti daripada melukis, Yang turut memberikan galakan dengan menyuruh anak perempuannya itu supaya membuat latihan melukis lagi.

Menurutnya lagi, dia tidak akan memadan lukisan tersebut kerana mahu menjadikannya sebagai kenang-kenangan manis apabila anaknya dewasa kelak.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Cerkosong

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tergamam Melihat Kereta Diconteng Anak Perempuannya, Respon Lelaki Ini Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*