“Menangis? Mestilah Ada!” – Anzalna Nasir Kongsi Pengalaman Pertama Travel Dengan Baby Boy

Pelakon cantik Anzalna Nasir berkongsi pengalaman mengembara dengan bayi sulungnya, Mohamad Eidrees.

Difahamkan, Anzalna bersama suami dan keluarganya membawa Eidrees bercuti di Dubai, Paris dan London.

Bintang siri Arluna ini berkongsi pengalaman di salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Mengembara dengan @mohamadeidrees adalah lebih mudah daripada apa yang saya pernah fikirkan. 

“Memasuki ruang pesawat, Eidrees sangat gembira! Dia gelak dan tersenyum sepanjang masa,” tulisnya.

Pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya ini juga mendedahkan anaknya turut menangis.

“Menangis? Mestilah ada! Tapi sebab nak susu. Saya rasa bersyukur kerana mempunyai anak yang sangat baik. Alhamdulillah,” tulis Anzalna lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Travelling to Dubai, Paris and London. Last year, Eidrees dalam perut mummy waktu di Paris. This year, mummy bawa Eidrees pergi tengok rupa Paris macam mana. 😁

A post shared by Eidrees Hanif (@mohamadeidrees) on

Rata-rata wargamaya men1ngg4lkan komen memuji Eidrees yang senang untuk dibawa berjalan dan mengembara.

Tidak kurang juga ramai peminat yang memuji kecomelan permata hati Anzalna itu.

Untuk makluman semua. Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Selepas beberapa tahun hidup berdua, mereka menyambut kelahiran Eidrees pada 31 Mei lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau last year pergi Paris dapat @mohamadeidrees Adakah balik kali ni kami akan berempat? Next year i nak kerja nak berlakon semula ok bye!! Hahahahhahaha 😜

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Menangis? Mestilah Ada!” – Anzalna Nasir Kongsi Pengalaman Pertama Travel Dengan Baby Boy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*