Aziz M.Osman Bagi ‘Hint’ Bakal Keluarkan Filem Senario Terbaru, Ramai Yang Tak Sabar!

Kumpulan pelawak Senario cukup terkenal pada era 90-an. Kumpulan yang pada asalnya dianggotai oleh Wahid, Lan Pet-Let, Iilya, Hamdan dan Azlee Jaafar mula dikenali ramai selepas menyertai pertandingan mencari bakat, Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995.

Saban tahun kumpulan ini turut terkenal dengan bakat nyanyian, sketsa komedi dan sebagainya. Beberapa filem pernah diterbitkan yang menjadikan kumpulan ini sebagai watak utama. Antaranya, Senario The Movie, Senario Lagi, Senario XX dan banyak lagi.

Kumpulan Senario

Setelah beberapa tahun lalu filem terakhir mereka diterbitkan, semalam sutradara terkenal tanah air, Aziz M. Osman memberitahu kemungkinan akan ada filem cereka terbaru dari kumpulan Senario.

Memaklumkan mengenai hal itu melalui akaun Twitter miliknya sendiri, biar pun masih belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut namun nampaknya ramai yang tidak sabar.

Tweet dari akaun Aziz M.Osman

Ini terbukti apabila lebih 4,700 retweets dan 4,600 tanda suka serta pelbagai reaksi daripada netizen ditinggalkan di ruangan komen seperti berikut:

“Setuju. Epik gila lagi2 senario. Hahahha”

“Legend weh..Hahahha. dulu cite pasal roti canai pun laku keras filem senario”

“Senario Lagi memang kelakar. Saya suka”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Aziz M.Osman / Wikipedia via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Aziz M.Osman Bagi ‘Hint’ Bakal Keluarkan Filem Senario Terbaru, Ramai Yang Tak Sabar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*