“Lara Alana Dah Ada Adik…”- Scha Alyahya

Kenyataan pelakon Scha Alyahya di akaun Instagram (IG) memberitahu anaknya, Lara Alana sudah ada adik membuat ramai peminatnya teruja.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai sehingga ada yang sudah mengucapkan tahniah.

“Lara Alana dah ada adik,” tulisnya.

Namun lama kelamaan pengikutnya mula menyedari ‘adik’ yang dimaksudkan itu adalah patung kecil My Little Pony yang berdiri bersama mereka menerusi sekeping foto yang dimuat naik bersama.

Posting itu dianggap lucu malah ada juga pengikut cuba mengaitkan dengan komen terbaru suaminya, Awal Ashaari di IG yang memberitahu ‘adik’ Lara sudah ditempah menerusi aplikasi membeli belah popular.

Komen netizen;

Haha ingatkan adik dalam perut mummy…

Haha pantas lazada buat kerja…

Keciknya adik…

Foto itu kelihatan seperti Lara baru sahaja pulang dari sekolah.

 

Artikel berkaitan: “Dah Order Kat…”- Ini Jawapan WIN Awal Ashaari Bila Netizen Suruh Tambah Anak

Pengacara Awal Ashaari memberi respon terhadap netizen yang bertanyakan soal menambah anak selepas mendakwa anaknya, Lara Alana perlukan seorang adik.

Awal dengan selamba menjawab anaknya (kedua) sudah ditempah menerusi sebuah aplikasi membeli belah online popular.

Komen itu diturunkan di sebuah foto Awal yang bergambar bersama isterinya Scha Al-Yahya menerusi akaun Instagram Awal.

Sementara pengikutnya yang lain juga terhibur dengan komen balas Awal dan cuba membuat lucu dengan jawapan tersebut.

Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 5.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: AstroGempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Lara Alana Dah Ada Adik…”- Scha Alyahya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*