Kecoh Bila Santesh Tersingkir Di Big Stage, Ini Komen Baby Shima Kepada Santesh!

Tuah tidak menyebelahi Santesh pada minggu keenam program realiti Big Stage 2019 apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir malam tadi, di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Dibawakan secara langsung menerusi Ria 104 dan Ria HD 123, penyingkiran Santesh yang menduduki tangga tiga terendah menyaksikan tinggal tujuh lagi peserta bagi merebut gelaran juara musim kedua.

Terdahulu, Santesh telah diumumkan tersingkir untuk minggu keenam, apabila mendapat undian online terendah dengan markah terkumpul dari juri profesional sebanyak 70.5 peratus.

Dua lagi peserta yang merekodkan markah paling rendah ialah Dinda Permata dengan 72.5 peratus dan Fieya Julia yang hanya mengumpul 69.83 peratus.

Walaubagaimanapun, juri tetap Judika mengambil keputusan menggunakan imunitinya sekali gus meneruskan kemaraan Dinda Permata pada minggu seterusnya.

Minggu hadapan, peserta yang masih kekal akan terus bersaing di dalam dua persembahan iaitu Road To Final dan Duet.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Persembahan Battle antara @iamsantesh dan @dindapermata174 Nak tengok persembahan penuh dan Vote peserta pilihan korang boleh layari gempak.com/bigstage! . . #BigStage2019 #BigStage #DominasiBBNUstepup #DominsasiBBNU #DindaPermataBS19 #SanteshBS19

A post shared by BIG ST▶️GE 2019 🎙 (@bigstageofficial) on

Dayang Nurfaizah diundang sebagai juri jemputan bersama dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Serentak dengan Santesh yang telah tersingkir, ruangan komen Instagram milik bintang berkenaan dihujani dengan kata-kata motivasi dari para peminat, termasuk rakan selebriti.

“Awal sudah lakukan yang terbaik pun Santesh. Setiap minggu awak tampilkan yang terbaik dan kelainan dan penampilan. Semangat ya Santesh, you are the best,” tulis Baby Shima optimis.

Shima yang kini giat mengembangkan kerjaya di Indonesia pernah menyertai program Big Stage musim pertama dan menduduki tempat kelima secara keseluruhan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto: Instagram Astro Gempak/Baby Shima

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kecoh Bila Santesh Tersingkir Di Big Stage, Ini Komen Baby Shima Kepada Santesh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*