Agong turun dari kenderaan periksa m4ngsa kem4langan

SIKAP keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak dapat dinafikan lagi apabila kali ini Seri Paduka bertindak turun dari kenderaan rasmi untuk memeriksa keadaan seorang m4ngsa kem4langan, berhampiran persimpangan USJ, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), petang Sabtu.

Perkara itu dikongsikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam laman sosial Instagramnya kira-kira pukul 6 petang Sabtu.

Berdasarkan perkongsian itu, Al-Sultan Abdullah dilaporkan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri program ‘Anak-anak Malaysia Walk 2019’ di Eco Ardence di Setia Alam dekat Shah Alam.

M4ngsa berkenaan, seorang wanita, dilaporkan mengalami keceder4an ringan apabila kenderaannya terbabas dan terbalik di laluan kanan lebuh raya itu.

Menerusi perkongsian itu juga, Seri Paduka kemudian menitahkan p0lis pengiring menghantar m4ngsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Jun lalu, Al-Sultan Abdullah turut membantu m4ngsa kem4langan di Putrajaya ketika dalam perjalanan menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati. – BERNAMA

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah syukur kami rakyat Malaysia mempunyai Agong yang prihatin. Semoga Allah lanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Tuanku. Sumber video Twitter AzminAli #mstaronline #mstarkongsi #mstarSS

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Agong turun dari kenderaan periksa m4ngsa kem4langan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*