Waktu Ziarah Yang Sesuai

Islam ini sangat indah sehinggakan untuk bertandang ke rumah orang pun ada garis panduan dan adab yang ditetapkan.

Hikmah di sebalik setiap ziarah atau kunjungan antara satu sama lain adalah menghapuskan sifat mazmumah antara kita.

Mungkin lama tidak berjumpa akan muncul pelbagai sangkaan, dengan kunjungan ini akan lebih mengeratkan ukhwah dan membuahkan kegembiraan.

Menurut Ustazah Khadijah Khalilah, adab berkunjung adalah seperti berikut:

– Niat ikhlas kerana Allah.

– Memberi salam kepada tuan rumah ketika berkunjung.

– Menjaga hati orang yang diziarahi.

– Memelihara pandangan waktu berziarah.

– Meminta izin untuk pulang.

Matlamat yang baik perlu dengan cara yang baik juga. Sebelum pergi ke rumah mereka pastikan:

– Meminta izin terlebih dahulu sebelum berkunjung.

– Bertanyakan waktu yang sesuai untuk datang.

– Menjaga adab sopan sepanjang di rumahnya.

– Beredar apabila telah selesai urusan.

Aur4t didefinisikan sebagai bahagian badan yang perlu dipelihara daripada dilihat oleh golongan yang bukan mahram.

Bagaimana ia untuk lelaki dan perempuan begitu juga dengan berziarah, ada waktu aur4tnya.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh daripada kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak;

itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aur4t kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukvm-hukvmNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah an-Nuur ayat 58)

Dalam surah an-Nuur ayat 58, terdapat tiga waktu aur4t:

– Sebelum solat Subuh

– Ketika orang berehat waktu tengah hari

– Selepas solat Isyak

Jika dilihat waktu tersebut adalah untuk berehat. Kita sendiri mahu ruang untuk diri sendiri dan privasi, begitu juga orang lain. Horm4tilah itu.

Semuanya akan lebih mudah jika berbincang dan mendapat keiz1nan. Jadilah tuan rumah dan tetamu yang baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Waktu Ziarah Yang Sesuai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*