Jenis-jenis Sabar

Apabila memperkatakan tentang sabar, kita merasakan sabar itu hanya untuk perkara yang dinamakan ujian atau dugaan.

Benar itu salah satunya, namun menururt cendiakawan, mereka membahagikan sifat sabar itu kepada beberapa jenis:

Lima jenis sabar

– Sabar terhadap keinginan n4fsu yang menjadi urusan sy4it4n. Contoh menahan diri daripada perasaan marah atau apa-apa sahaja yang menjadi tarikan tuntutan n4fsu. Kita perlu belajar menahan diri daripada perkara yang disukai n4fsu, namun dimvrkai Allah.

– Sabar terhadap kemewahan. Seperti mahu mendapat kemewahan dengan cara yang salah atau perkara yang dih4ramkan.

– Sabar terhadap kesusahan dan bala benc4na yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan Nabi. Seperti sabar apabila berhadapan kel4paran, kes4kitan, ket4kutan, kehilangan dan peper4ngan.

– Sabar terhadap ketaatan. N4fsu bersifat li4r dan tidak suka pengabdian, itu kadangkala kita menjadi mal4s dan hilang sabar dalam beribadah atau beramal.

– Sabar dalam beramal terbahagi kepada tiga peringkat: Sabar sebelum melaksanakan ketaatan; seperti memperbaiki niat agar tidak riak dan menjadi lebih ikhlas.

Ketika melakukannya, perlu bersabar daripada faktor yang melemahkannya.

Sabar sesudah melaksanakannya; jauhkan diri daripada membatalkan ketaatan. Perlu istiqamah.

Sabar terhadap kesusahan berdakwah di jalan Allah. Jalan dakwah sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa n4fsu, jadi jalannya mungkin berliku namun dengan semangat dan ilmu serta dengan izin Allah, insya-Allah kita akan dipermudahkan.

“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah al-Nahl ayat 96)

Hakikatnya, tiada yang kekal abadi di dunia. Semua ada turun naiknya.

Nikmat juga boleh jadi ujian untuk kita, moga kita semua terus dibekalkan rasa sabar dan bersederhana dalam mengejar dunia serta menyiapkan diri untuk kehidupan abadi di akh1r4t.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Jenis-jenis Sabar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*