Sebelum Terlupa

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dim4tikan dengan izinNya.

Kita dipinjamkan jas4d dan ny4wa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya.

Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan.

Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi.

Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditem puh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi.

Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditem puh; seolah-olah inilah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar.

Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah bekalan.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul.

Untuk sampai ke destinasi akh1rat, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai beb4n yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana.

Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah warga akh1rat – tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan t1pu-daya.

Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu bekalan dan mana satu beb4n. Barangan yang dikategori sebagai beban akan menyusahkan perjalanan ke akh1rat manakala barangan bekalan akan berfaedah untuk kehidupan di sana.

Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beb4n yang menyulitkan perjalanan.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : “Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan m4ti keesokannya.”

Ramai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia.

Tetapi makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyak lagi.

Tetapi dalam hal akh1rat, kita akan m4ti esok – jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan m4ti esok.

Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pembu ru harta di dunia. Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah.

Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang m1skin dan memerlukan bantuan.

Orang kaya adalah pembantu orang m1skin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang j4hil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain.

Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah.

Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah.

Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan bukannya harta-benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah.

Di sinilah terpes0ngnya aqidah orang-orang kebendaan. Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akh1rat.

Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akh1rat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir m1skin dan anak yat1m, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling.

Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akh1rat dengan dunia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sebelum Terlupa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*