Pertama Kali Jadi Bapa, Dodoi Balutan Kain Kerana Ingat Ada Anak Dalam Dukungan

Bila tiba saat kelahiran bayi, ibu-ibu mengandung terpaksa melalui pengalaman yang menyakltkan dan memenatkan, namun beban mereka itu dapat dikurangkan dengan adanya sokongan suami di sisi.

Tetapi kadang kala, setelah selesai proses bersalin, setelah para ibu diberikan ub@t an3sthetik supaya mereka tidak berasa s@kit dan dapat berehat dengan selesa, para bapa pula yang perlu berjaga sepanjang hari untuk memastikan isteri dan anak dalam keadaan baik.

Satu kongsian yang telah dibuat di Twitter menunjukkan bagaimana seorang ayah mendodoikan anaknya yang baru lahir walaupun dia kelihatan sangat mengantuk ketika isterinya sedang berehat.

Oleh kerana terlalu penat menjaga orang tersayang, video yang dirakam isterinya itu menunjukkan bahawa suaminya terlalu penat sehingga dia tidak sedar anaknya tiada bersamanya.

Malah lelaki itu terus mendodoikan gumpalan kain yang dipegangnya membuatkan ramai geli hati.

Video yang telah mendapat lebih 1 juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi netizen rata-rata terhibur dengan aksi lelaki itu, namun ada segelintir yang mengatakan lelaki itu tidak bertanggungjawab kerana tidak peka.

Walaupun begitu ramai bapa-bapa yang mempertahankan lelaki itu dengan mengaitkan diri mereka sendiri yang pernah berada di situasi itu kerana tidak tidur seharian demi menjaga isteri dan anak.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Twitter via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pertama Kali Jadi Bapa, Dodoi Balutan Kain Kerana Ingat Ada Anak Dalam Dukungan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*