Jadikan Kecemerlangan Sebagai Alat Untuk Mencapai Matlamat Di Akhirat

Dari zaman sekolah hingga zaman kampus, kita akan melihat lebih dari 1001 ragam senario para penuntut ilmu dengan ‘senj4ta ampuh’ yang dipersiapkan sebelum turun ke medan juang peperiksaan.

Semuanya sedia maklum musim peperiksaan merupakan satu titik klimaks dalam timeline seorang penuntut ilmu.

Tidak kiralah anda seorang yang bergelar pelajar di sekolah atau siswa siswi di IPT, bila masuk sahaja ke fasa study week, kadang-kadang pelajar yang liat menelaah di perpustakaan pun boleh menjelma secara tiba-tiba dan sanggup bertapa berjam-jam lamanya di sana.

Sesetengah pelajar menelaah bagai nak rak dari awal semester, cukup raj1n berjumpa pensyarah, pantang masa terluang bertapa di perpustakaan sampai petang, namun akhirnya keputusan peperiksaan/pointer biasa-biasa saja.

Tak kurang juga yang belajar ala kadar, selalu gh4ib bila kuliah, ‘kaki enjoy’ tapi pointer gilang-gemilang.

Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa si fulan yang sudah bertungkus-lumus study hard tapi dapat result macam ‘sendu’?

Bagaimana pula si fulan yang langsung tak nampak macam nerd tapi boleh score ‘g1la-g1la’ dalam peperiksaan?

Kenapa si fulan yang tak pernah tinggal solat dapat pointer menjunam ke Laut Andaman tapi si fulan yang tak jaga solat boleh dapat dean’s list?

Ujian G4gal vs Ujian Berjaya

Kita boleh kata, rezeki masing-masing. Tapi, kita juga harus ingat; g4gal atau berjaya – kedua-duanya ujian belaka. Agar kita audit diri, membelek di mana silap dan kurang.

Adakah dari ketidak sempurnaan solat, hubungan dengan Allah yang renggang, masalah hubungan dengan ibu bapa atau apa mungkin kita punya hutang yang belum terlunas?

Gagal itu datang sebagai satu amaran dari Tuhan. Siapa tak sedih bila fail, pointer suram, tapi jangan biarkan sedih itu berpanjangan.

Hidup tetap perlu diteruskan, gagal exam bukan akhir dari sebuah kehidupan. Bahkan mungkin satu titik tolak untuk seseorang lebih berjaya di hari depan.

Bila berjaya, kita memang boleh cakap, itu semua hasil titik peluh sendiri. Tapi jangan lupa, kejayaan itu semua rezeki dari Tuhan yang takkan diberi bila Dia tak perkenan.

Bila namanya rezeki, bererti bila-bila masa Dia boleh tarik kembali. Bila namanya rezeki, maka tanggungjawab kita untuk mensyukuri bukan bermegah diri.

Harus ingat sentiasa, hidup ini ibarat putaran roda. Memang kedengarannya klise, tetapi itulah hakikatnya. Bila berada di zon atas, kita mudah rasa selesa. Dalam tak sedar, kita mudah lupa dan l3ka. Kecenderungan dihinggapi v1rus ujub dan ri4k luas terbuka.

Kerana apa?

Kerana biasanya, bila berjaya kita jarang menyedari bahawa kita sedang diuji dengan kejayaan itu. Dan ujian kejayaan ini – percayalah, lebih hebat untuk ditangani, agar kita tak semudah-mudahnya lupa diri.

Maka, jangan lupa kembalikan segala pujian kepada Allah dengan penuh keinsafan, kerana Dia yang berhak ke atas segala puji-pujian itu.

هذا من فضل ربي ليبلوني أأشكر أم أكفر ٠ ومن شكر فإنما يشكر لنفسه ٠ ومن كفر فإن ربي غني كريم ٠

Ini termasuk dari kurnia Tuhanku, untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmatNya). Barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan barangsiapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, Maha Mulia.” (Surah An-Naml, 27: 40)

Haza min fadli rabbi. Ini bukan sekadar ucapan biasa-biasa. Ini ucapan Nabi Sulaiman a.s. tatkala di hadapan matanya terbentang keindahan mahligai Puteri Kerajaan Saba’.

Semua kesenangan itu – termasuk dari kurnia Tuhan, atas tujuan apa? Untuk menguji, apakah kita bersyukur atau kufvr.

Teruskan Melangkah

Buat adik-adik yang pernah gagal, jangan pernah putus asa. Binalah kekuatan, bangkitlah lebih gagah dari sebelumnya dengan nama Tuhanmu.

Barangkali dengan hadiah sebuah keg4galan ini membuatkan diri kembali mencari makna menjadi hamba. Dan dengan kegagalan juga buat kau jadi beringat, agar kau hargai setiap detik, ruang dan peluang yang ada.

Buat yang pernah berusaha keras namun gagal, kau hanya perlu mantapkan keyakinan, bahawa cepat atau lambat kejayaan itu pasti tiba. Yang perlu berterusan, cuma usaha all out, dan selebihnya serahkan pada Dia.

Bahawa Tuhan itu menilai usaha lelahmu, lebih dari hasil yang kau dapat. Boleh jadi, satu hari nanti, kau akan berterima kasih dengan Tuhan, untuk hadiah dari sebuah kegagalan.

Teruskan mujahadah, jangan goyah, selagi kau ingat Allah, selagi itu kau takkan kalah.

Buat adik-adik yang terbiasa dengan ‘alat bantuan hayat’, ingatlah Allah itu umpama CCTV yang ada di mana-mana. Alangkan jatuhnya sehelai daun pun Dia tahu, inikan pula bila kau meniru.

Nikmatnya mungkin terasa bila beroleh pointer tinggi, tapi tiada nilai berkat di sisi Ilahi. Dengan pointer itu kau mohon dan dapat kerja, dapat gaji dan dengan gaji itu kau sara anak isteri.

Sumbernya sahaja ada unsur khi4nat dengan ilmu, bagaimana pula dengan gaji yang mend4rah daging?

Adik, biarlah kita g4gal bermaruah, asalkan bukan menang dengan cara paling keji.

Hasanah Dunia, Hasanah akh1r4t

Biar kita hasanah dunia, hasanah akh1r4t.

Kejar dunia, kita dapat dunia saja. Tapi kejar akh1r4t, kita akan dapat kedua-duanya.

Pulun study hanya untuk score pointer tinggi, kau akan dapat sekadar pointer sahaja. Sia-sia, dik. Tapi jika kau hadam tujuan menuntut ilmu, dan berusaha untuk raih kecemerlangan demi umat, lebih banyak manfaat yang kau dan masyar4kat dapat. Moga Tuhan nilai di akh1r4t.

Dunia ini hanya alat, akh1r4t sebagai matlamat.

Jadikan kecemerlangan itu sebagai alat, untuk mencapai matlamat sebenar di akh1r4t. Jom, mumtaz untuk akh1r4t!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Jadikan Kecemerlangan Sebagai Alat Untuk Mencapai Matlamat Di Akhirat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*