Pulanglah Pada Tuhan

Sebagai makhluk bernama manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan kesalahan. g0daan n4fsu dan hasutan sy4it4n seringkali menjerumuskan kita ke lembah d0sa. Bukan sekali, malah berkali-kali.

Kita beristighfar, memohon ampun kepada Allah.

Kita bertaubat, menyesali kekh1lafan lalu. Adakalanya kita termenung lama memandang siling, menatap biru langit dan merenung hiasan indah di dalam masjid dengan perasaan sayu.

Kita menangis di dalam sujud. Tubuh kita menggeletar saat menitipkan doa.

Namun hari-hari berikutnya, kita terjervumus lagi ke lembah d0sa yang sama. Untuk kesekian kalinya, kita jatuh lagi.

Ketika Allah menyembunyikan d0sa-d0sa kita daripada pengetahuan manusia, saat itu jugalah kita masih bermaksiat kepada-Nya. Hati kita tertunduk lemah menanggung beban d0sa yang melanda.

Wahai saudar4ku yang dikasihi.

Dalam kondisi jiwa yang selemah ini, apakah masih ada keampunan Allah untuk diri kita?

Sudah tentu jawapannya adalah ya. Keampunan Allah kan sentiasa ada, malah tidak pernah terhenti untuk mereka yang ikhlas mencari.

Suatu hari saya terbaca sepotong hadis yang sangat mendalam maknanya.

“Sesungguhnya kegembiraan Allah dengan taubat seorang hamba-Nya tatkala dia kembali kepada-Nya, adalah lebih besar daripada kegembiraan seseorang yang berada di tengah-tengah padang pasir lalu haiwan tunggangannya terlepas lari bersama semua bekalan makanan dan minumannya. Maka dia pun pasrah lalu berteduh di bawah pokok sahaja. Ketika dia sudah benar-benar berputus asa, tidak semena-mena haiwan tunggangannya itu muncul kembali dan dia terus memegang tali yang diikat pada tunggangannya seraya berkata, “Ya Allah, Engkau hambaku dan akulah tuhanmu!” Sabda Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam, “Dia tersasul kerana sangat gembira.” (Hadith riwayat Muslim)

Pengajaran Hadis

1. Letakkan Allah di depan dalam segenap lapangan kehidupan.

Hadis di atas menggunakan contoh yang mudah difahami. Digambarkan watak pengembara yang teramat suka kerana mendapat semula haiwan tunggangannya yang hilang. Begitulah pula halnya jika kita kembali kepada Allah setelah tersalah mengingkari-Nya.

Maka Allah akan suka untuk mengampunkan kesalahan kita, malah lebih suka daripada pengembara dalam hadis di atas yang kembali bertemu haiwan tunggangannya.

2. Jangan putus asa mengejar keampunan Allah.

Di antara tipu daya sy4it4n ialah mencampakkan rasa putus asa ke dalam jiwa manusia yang hanyut dengan d0sa.

Saat kita berputus asa dan tidak mahu lagi bertaubat, saat itulah sy4it4n bergembira meraikan kejayaan tipu muslihatnya.

3. Rasa malu untuk mengulangi d0sa.

Pupuklah rasa malu untuk mengulangi d0sa. Tegakah kita terus berm4ksi4t sedang Allah tidak henti-henti melimpahkan kurnia-Nya kepada kita?

Mulai sekarang tanamkan azam untuk merasa benci kepada perbuatan d0sa dan m4ksi4t.

4. Sentiasa koreksi diri.

Hal ini penting supaya kita tidak selamanya berada dalam zon selesa.

Kita perlu selalu bermuhasabah diri dengan bertanyakan dua soalan ini: Apakah kebaikan yang telah aku lakukan hari ini? Dan apa pula keburukan yang telah aku jauhi hari ini?

5. Bersahabatlah dengan kes4k1tan.

Dunia seolahnya tercipta untuk mematahkan jiwa kita. Rasa kecewa dengan pencapaian diri, kehidupan keluarga yang porak-peranda, kegagalan dalam percintaan, kekurangan harta dan kes3mpitan hidup, semua ini menumbuhkan rasa s4kit yang akan mendewasakan kita.

Kesakitan ini juga merupakan sebahagian daripada apa yang dinamakan kehidupan. Maka kita perlu terus kuat dan jangan menyerah.

Jadikan keperitan ini anak tangga untuk kita naik lebih tinggi dan menjadi insan yang lebih baik.

Penutup

Wahai saudar4ku yang dikasihi.

Saya akhiri penulisan ini dengan suatu peringatan bahawasanya Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba-Nya. Dan ketahuilah, taubat yang ikhlas adalah jalan terpantas meraih keampunan.

Jika tulisan ini mengandungi secebis kebaikan, sebarkan kepada rakan-rakan anda. Mudah-mudahan kita tidak jemu berkongsi kebaikan demi meraih pahala yang berlipat kali ganda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pulanglah Pada Tuhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*