Berdakwah Perlu Merentasi Lautan Ilmu

Hidup kita ini bagaikan pengembara. Tidak mensia-siakan masa yang ada dengan lena dan berehat sahaja. Sentiasa berusaha menelusuri segenap pelusuk kota. Kembara mencari ilmu. Kembara membenih pengalaman.

Begitulah kehidupan pendakwah. Perlu ‘mengembara’ di lautan ilmu bagi memantapkan proses dakwah demi Allah.

Dengan ilmu, kita dapat menuturkan dakwah dengan lebih berkesan di jantung hati manusia. Dengan ilmu, penulisan kita dalam medan dakwah tidak terikat dengan keindahan gaya bahasa semata-mata.

Persembahan dakwah yang dipenuhi lautan ilmu boleh menarik minat masyar4kat ke arah penghijrahan terutama golongan muda.

Tidak dinafikan penampilan, alunan suara yang merdu dan gaya penulisan yang indah boleh menimbulkan perasaan syahdu dalam kalangan masyar4kat. Ini adalah merupakan bonus yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan dakwah.

Berdakwah bukan dengan ‘syair’ semata-mata. Begitu juga dengan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W tidak diutuskan untuk menjadi penyair berdasarkan firman Allah S.W.T ini:

“(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan.” (Surah Yaa Siin 36:69)

Pendakwah masa kini berdepan cabaran yang amat mencabar terutama kepada ser4ngan pemikiran seperti golongan liberal dan golongan anti-Hadis.

Serangan pemikiran ini bisa menggoyahkan keyakinan umat Islam terhadap keadilan Islam itu sendiri. Terbaru, terdapat segelintir pemikir yang mengatakan Islam itu zalim terhadap wanita. Sedangkan Islam itu amat adil terhadap wanita.

Lihatlah firman Allah S.W.T ini yang tidak membezakan kelebihan kaum lelaki dan kaum perempuan:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” (Surah At-Taubah 9:72)

Justeru itu, pendakwah perlu memiliki minda yang kritis bagi menangkis ser4ngan pemikiran. Di zaman yang penuh dengan f1tn4h ini, dakwah tanpa ilmu ibarat struktur bangunan tinggi tanpa perembat, walaupun memiliki struktur yang kuat, tetap akan g0yah apabila dikenakan rempvhan angin.

Penguasaan ayat-ayat di dalam al-Quran amat penting bagi menelusuri keindahan ayat al-Quran. Dengan penguasaan ini, medan dakwah dapat disebarkan dengan lebih berkesan.

Lihatlah bagaimana tokoh dakwah yang terkenal iaitu Ahmad Deedat, yang telah menguasai ayat-ayat al-Quran bagi mempertahankan akidah Islam dan kesucian al-Quran yang telah direndah-rendahkan oleh musvh Islam.

Pendakwah yang memiliki kefahaman yang kuat dalam menelusuri keindahan ayat al-Quran dengan bukti sains semasa, akan dapat menarik non-Muslim untuk mengkaji kebenaran Islam.

“Dan tidakkah orang-orang k4fir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq)? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (Surah Al-Anbiyaa’ 21:30)

Ayat al-Quran di atas merupakan fakta yang membuktikan kebenaran al-Quran menggunakan metodologi astrofizik. Ayat al-Quran di atas menjelaskan asal-usul kejadian alam ini. Ayat al-Quran di atas telah mengagumkan Dr Alfred Kroner:

“Somebody who did not know something about nucle4r physics 1400 years ago could not, I think, be in a position to find out from his own mind for instance that the earth and the heavens had the same origin…..”

(Kenyataan daripada Dr Alfred Kroner – Professor of Geology and the Chairman of the Department of Geology at the Institute of Geosciences, Johannes Gutenburg University, Mainz, Germany)

Dan kaedah berdakwah perlu dengan hikmah agar keindahan Islam dapat meresapi minda masyar4kat. Pendakwah perlu menonjolkan uswah hasanah (teladan yang baik).

Pendakwah yang memiliki sifat terpuji akhlak di khalayak manusia amat penting:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang ses4t dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah al-Nahl 16:125)

Kata seorang ilmuan agama: “Kerja dakwah adalah tempat terkumpulnya segala kebaikan.”

Hidup kita akan berakhir. Bagaimana kisah penutup hayat kita ini? Sehasta ke Syurga, namun amalan ner4ka menarik kita? Ataupun sehasta ke ner4ka, namun amalan syurga menarik kita?

Berdakwahlah wahai teman! Bekalan kita di kala kehidupan selepas kem4tian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Berdakwah Perlu Merentasi Lautan Ilmu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*