Beri Markah Paling Rendah Di Big Stage 2019, Ini Alasan kukuh Syafinaz

Penyanyi Datuk Syafinaz Selamat mempunyai alasan tersendiri mengapa markah yang diberikan adalah paling rendah berbanding juri-juri tetap yang lain di program Big Stage 2019 minggu kedua semalam.

Syafinaz yang merupakan juri jemputan di Big Stage 2019 minggu kedua berkata, markah yang diberikan telus mengikut penilaian yang sepatutnya dikira.

“Bagi saya markah rendah itu sepatutnya diambil sebagai pandangan positif supaya menjadi cabaran kepada mereka untuk menjadi lebih baik.

“Dalam dunia sebenar pun, kita perlu terima ada orang suka kita dan ada yang tidak.

“Tapi sebagai juri, saya menilai dari segi apa yang saya telah lihat, bagaimana mereka berkomunikasi dengan penonton, bagaimana mereka bawa diri mereka sebagai penyanyi, dari segi praktikal persembahan, kreativiti dan banyak lagi,” katanya ketika sidang media selepas berakhirnya konsert Big Stage 2019 minggu kedua semalam.

Syafinaz ditemani dua orang juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika untuk mengadili persembahan 12 peserta.

Guru vokal itu juga antara juri yang memberikan markah paling rendah iaitu sebanyak 38 peratus kepada peserta Chaleeda.

 

Menurut Syafinaz lagi, sepatutnya kesemua peserta mengambil tangungjawab sebagai penyanyi dengan bersungguh-sungguh bagi tidak mengecewakan peminat-peminat mereka.

“Mereka membawa diri sebabai penyanyi dan ini tanggungjawab besar buat mereka sebab sudah tentu mereka ramai peminat selepas popular di YouTube dan ini masa untuk mereka buktikan kebolehan yang mereka ada.

“Mereka bukan sahaja dikira dari segi vokal malah kreativiti musical arrangements serta bagaimana mereka interpret lagu itu juga penting.

“Ini pertandingan dan mereka semua bertanding untuk menojolkan kebolehan yang mereka ada,” jelasnya lagi.

Sheryl Shazwanie peserta pertama yang tersingkir di Big Stage 2019 dari 12 penyanyi yang menyertai program tersebut.

11 peserta lain yang masih kekal dan berentap ke konsert minggu hadapan adalah Han Byul, Santesh, Dinda Permata, Chaleda, Shada Amzah, Kucaimars, Adzrin, Fieya Julia dan Irfan Haris.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacar4kan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Beri Markah Paling Rendah Di Big Stage 2019, Ini Alasan kukuh Syafinaz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*