Eksklusif Zizan Razak Pula Buka Mulut Hubungannya Dengan Bella Astillah

Selepas dilihat turut muncul meraikan hari jadi ibunya pada pertengahan Ogos lalu, Zizan Razak akhirnya memperjelas perihal hubungan sebenar di antaranya bersama bekas isteri Aliff Aziz itu.

Katanya seperti yang dipetik Harian Metro, Zizan memberitahu hubungan mereka berdua tidak lebih daripada sekadar rakan artis sementelah keduanya bakal terlibat menerusi telefilem, Kerusi Kecil.

Menerusi telefilem arahan Ghaz Abu Bakar itu, Bella mendukung peranan sebagai her0in.

“Bella hubungi saya dan mahu berbincang mengenai projek telefilem itu ketika saya buat kejutan untuk majlis hari jadi ibu, baru-baru ini.

“Jadi, saya juga memintanya untuk turut sama meraikan majlis itu ,” katanya yang turut menambah, kehadiran Bella hanyalah kebetulan.

Malah katanya lagi, dia sebelum ini pernah bertemu ibu Bella serta adiknya, Didi Astillah sebelum ini.

“Saya meminta nombor telefon Bella daripada ibunya kerana mahu menawarkan dia berlakon dalam Kerusi Kecil. Selepas berhubung dengan Bella, dia bersetuju untuk berlakon dalam telefilem itu.

“Bella seorang yang baik dan dia juga banyak bertanya mengenai Ghaz dan projek telefilem itu,” terang Zizan yang turut turut menafikan andai ada yang mendakwa, dia sengaja menyebarkan gosip cintanya dengan ibu tunggal beranak satu itu demi tujuan promosi.

“Saya tidak perlukan gimik atau publisiti murahan sebegitu. Saya juga tidak mahu menipu penonton dengan membuat gosip kami bercinta sedangkan ia tidak berlaku,” akhirnya.

 

Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Zizan Razak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Eksklusif Zizan Razak Pula Buka Mulut Hubungannya Dengan Bella Astillah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*