Adakah Aku Seorang Muslim

Adakah aku seorang muslim? Layakkah aku dipanggil sedemikian?

Persoalan ini sememangnya perlu dicetuskan dalam fikiran setiap yang menggelarkan dirinya sebagai seorang muslim. Layakkah aku digelar muslim sejati?

Baiklah, bercakap mengenai samaada kita layak menjadi seorang muslim sejati, perlu difikirkan kembali samaada sudahkan kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim sebaiknya.

Sudahkah kita menunaikan apa yang Allah perintahkan kepada kita? Cukupkah 5 waktu kita solat sehari semalam? Sudahkah kita menunaikan zakat kita?

Sedarkah kita bahawa kehidupan kita bukanlah kekal. Kehidupan di atas dunia ini hanyalah sementara.

Dunia hanyalah tempat ujian, tempat untuk kita mencari sebanyak mungkin amalan untuk dibawa ke alam akh1rat.

Kesenangan didunia hanyalah pinjaman semata-mata dan matlamat keduniaan yang kita kejar bukanlah tujuan sebenar tujuan penciptaan kita.

Tujuan kita yang sebenar adalah untuk beribadat kepada Allah dan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Kita adalah pemimpin di bumi ini. Setiap umat Islam wajiblah mengetahui hakikat ini. Namun, seperti yang kita lihat di sekeliling kita hari ini, anak muda dibeleng gu dengan bermacam-macam gej4la yang tidak sihat.

Banyak budaya negatif yang telah sebati dalam jiwa anak-anak. Sebagai contoh yang paling ketara sekali adalah budaya mempromosikan m4ksi4t.

Dapat kita perhatikan di media sosial seperti Instagram,Facebook dan Twitter di mana golongan-golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai “mak ny4h” bergiat aktif berkongsi video-video p4rodi yang dibuat oleh mereka sebagai hiburan.

Tidak lupa juga kepada golongan mat remp1t yang kerjanya siang malam menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Juga golongan pemuda yang sibuk bercinta sehingga terabai tanggungjawab mereka untuk menuntut ilmu dan berbakti kepada kedua orang tua.

Bahkan lebih teruk lagi ada yang sampai melakukan perkara yang di luar batasan agama misalnya z1na dan sebagainya.

Sebagai mana yang kita tahu bahawa kita sedang berada dalam akhir zaman di mana akan berlakunya fitnah yang impaknya sangatlah besar dan juga berleluasanya m4ks1at. Apa yang berlaku sekarang ini cukuplah membimbangkan.

Keadaan umat Islam tersangatlah ten4t. Zaman ini adalah zaman di mana golongan yang mengajak kearah kebaikan dibenci dan dipulau manakala golongan yang zalim dan menzahirkan perbuatan d0sa pula dipuja-puja oleh masyarakat.

Zaman ini adalah zaman di mana para pendakwah tidak lagi dihormati. Masyarakat dengan sewenang-wenangnya mencaci dan menfitnah golongan yang memperjuangkan syiar Islam.

Cabaran getir yang dihadapi oleh golongan seperti ini tersangatlah berat. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Wujudnya mentaliti yang tidak sepatutnya seperti memukul rata golongan agamawan sebagai penunggang agama dan sebagainya.

Hal ini adalah kerana tularnya berita-berita yang tidak sahih yang dibuat oleh golongan tertentu yang bertujuan untuk menjatuhkan sesorang ulama itu.

Hal ini berpunca daripada sikap pengguna media sosial yang tidak memeriksa setiap berita itu dan bertindak menyebarkannya kepada orang lain.

Bukanlah ingin menyalahkan sesetengah pihak tertentu tetapi haruslah diingatkan kepada ibu bapa agar memantau anak mereka dengan betul-betul kerana dibimbangi mendapat pengaruh bu ruk daripada masyarakat yang sedang s4kit ini.

Juga ingin dinasihatkan kepada para penuntut ilmu agama di luar sana agar niatkan di dalam hati untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat memberi khidmat kepada masyarakat.

Juga kepada pendakwah agar sentiasa bersabar kerana sememangnya tugas dakwah itu bukanlah senang dan memenatkan tetapi ganjaran bagi golongan ini di akhirat sana tidaklah terbanding nilainya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Adakah Aku Seorang Muslim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*