“Kalau Aku Tak Balik, Jangan Harap Kau Balik,”- Parking Kereta Betul Punya Rapat, Jep Sepahtu ‘Ped4jal’ Rahim

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu pagi ini dilihat sempat bergurau bersama gandingannya Rahim Sepahtu.

Menerusi sebuah entri yang dikongsikan di Instagram, Jep dilihat sengaja meletakkan kenderaannya betul-betul bersebelahan kereta Rahim dalam keadaan yang sangat rapat sehingga tiada ruang untuk pelawak tersebut memasuki kenderaannya.

Menurut Jep, dia sengaja melakukan hal sedemikian supaya Rahim tidak pulang awal selepas tamat tugasan mereka sebagai penyampai radio pagi di Sinar FM.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau aku tak balik jangan harap kau boleh balik 😂 @rahimr2

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

“Kalau aku tak balik jangan harap kau boleh balik,” tulisnya.

Entri tersebut turut menarik perhatian isteri kepada Rahim iaitu Lily Khay.

“Kalau ye pun Rahim dah susut banyak , belum muat lagi kot tu jep. Budak bertuah dengan aku sekali lapar la ni tunggu  laki balik lunch,” balasnya.

Lantas, entri lucu tersebut telah menerima lebih 40,000 tanda suka setakat ini malah turut dihujani komen daripada netizen yang terhibur melihat telatah dua sahabat itu.

Alahai, Jep ni kalau sehari tak kacau Rahim tak sah kan! Macam manalah Rahim nak masuk kereta tu ye?

Apapun, bertabahlah ye Rahim.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Instagram Jep Sepahtu via MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kalau Aku Tak Balik, Jangan Harap Kau Balik,”- Parking Kereta Betul Punya Rapat, Jep Sepahtu ‘Ped4jal’ Rahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*