Tiada pasport, tak pernah ke luar negara tiba-tiba Zach King DM hantar mesej ajak jumpa

RAMAI mengenali personaliti Youtube yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat, Zach King menerusi video-videonya ala ‘silap mata’ atau mag1k.

Menjadikan beliau sebagai idola, seorang anak muda Malaysia turut menghasilkan video-video berinspirasikan kreativiti Zach King di laman sosial.

“Salah satu matlamat saya tahun baharu adalah untuk berkolaborasi dengan idola saya @zachking. Walaupun video ini hanya suntingan tetapi saya amat teruja. Korang punya azam tahu baru pula apa?,” demikian postingnya berserta video yang dibuat beberapa tahun lalu, memaparkan dirinya disunting dengan kemunculan Zach King dan dimuat naik semula di akaun Instagram miliknya, pada 31 Disember lalu.

Bagaimanapun, pemuda tersebut menerima kejutan tak dis4ngka-s4ngka apabila Zach King menghantar mesej secara langsung (DM) di akaun Twitternya, memberitahu beliau akan ke Jakarta, Indonesia dan mahu berjumpa dengannya.

“Hey kamu, kamu dari negara mana? Saya tak pasti sama ada kamu dari Indonesia sebab saya akan ke sana esok, dan kalau kamu di Jakarta, saya senang hati mahu berjumpa dengan kamu,” kata Zach King pada awal pagi Jumaat lalu.

Azam tahun 2019 Mohamad Sofian untuk berkolaborasi dengan idolanya, Zach King.

Impian pemuda itu bertemu dengan idolanya menjadi kenyataan apabila dia mengambil keputusan saat akhir untuk terbang ke Jakarta, bagi menghadiri ke sebuah program pada Sabtu di ibu negara republik itu yang mana Zach King menjadi tetamu jemputan.

Namun tiada siapa menyangka pemuda berusia 23 itu sebenarnya tidak mempunyai pasport dan belum pernah ke luar negara sehingga menerima pelawaan tersebut.

Mohamad Sofian membuat permohonan pasport untuk bertemu dengan Zach King, di Jakarta.

Mohamad Sofian Abdullah berkata, sebelum ini dia tiada sebab untuk ke luar negara, malah tiada kata putus yang diberikannya sewaktu mendapat jemputan daripada Zach King.

“Zach King mesej saya pukul 1.23 pagi, dan saya pada mulanya bercadang untuk membuat panggilan video menerusi Facebook memandangkan saya tidak ke Jakarta.

“Tapi pada tengah hari Jumaat tu saya ambil keputusan untuk ke Jakarta dan memberitahu mengenai perkara itu kepada Zach King. 

“Sebab hari tu Jumaat, petang baru saya buat pasport di Putrajaya. Saya kemudian balik semula ke pejabat di Bukit Jalil untuk minta bantuan rakan-rakan sebab tak pernah buat tempahan penerbangan antarabangsa termasuk lokasi penginapan,” katanya yang bekerja sebagai juruvideo kepada mStar.

Zach King menghantar DM kepada Mohamad Sofian.

Mohamad Sofian berkata, dia kemudian bergegas pulang ke rumah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk membuat persiapan berikutan penerbangan pada pukul 10 malam hari yang sama.

Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu menerima kejutan seterusnya apabila Zach King yang mempunyai lebih 20 juta pengikut di laman sosial Instagram menyediakan bilik penginapan di hotel terkemuka di Jakarta.

 

Bayangkan dalam waktu singkat macam kelam-kabut dengan tak ada pasport dan tak pernah ke luar negara, tapi saya amat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan, syukur. Sikit pun saya tak rasa penat MOHAMAD SOFIAN

“Esoknya (Sabtu) saya datang ke program tersebut sebagai peminat dan kami berkesempatan berjumpa walaupun dalam kesibukannya,” ujar anak ke lapan daripada 11 adik-beradik itu.

Pertemuan singkat bersama Zach King dimanfaatkan Mohamad Sofian sepenuhnya dengan bertukar idea dan pengalaman serta kemahiran masing-masing.

Peluang berharga bertemu Zach King dimanfaatkan Mohd Sofian (kiri) sepenuhnya.

Menyifatkan Zach King seorang yang peramah dan merendah diri, dia dikejutkan lagi apabila namanya diumumkan sewaktu personaliti itu berada di pentas.

“Saya terkejut dan rasa gembira sangat. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata, memang tak jangka sebab sampai sekarang macam tak percaya dapat jumpa dia. 

“Bertahun-tahun saya menjadikan Zach King sebagai idola dan saya fikir kalau tak pergi ke jumpa dia, mungkin saya akan menyesal.

“Bayangkan dalam waktu singkat macam kel4m-kabut dengan tak ada pasport dan tak pernah ke luar negara, tapi saya amat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan, syukur. Sikit pun saya tak rasa penat,” ujarnya dengan nada teruja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It’s happening gais! ✨ @zachking Thankyou @era.je

A post shared by Mohamad sofian (@sofyank96) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Can’t wait to share the full story with you gais 💕 @zachking @era.je #9forstvid #zachking #piantozachking

A post shared by Mohamad sofian (@sofyank96) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tiada pasport, tak pernah ke luar negara tiba-tiba Zach King DM hantar mesej ajak jumpa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*