YDP Agong dan Raja Permaisuri Imbau Kenangan Manis Majlis Perkahwinan 33 Tahun Lalu

Menjelang Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-16 pada 30 Julai ini, pihak Instagram House of Pahang ada mengimbau kembali kenangan Tuanku dan Raja Permaisuri Agong semasa majlis perkahwinan mereka pada 33 tahun yang dulu.

Penuh cinta dan kebahagiaan, berikut kisah majlis perkahwinan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dengan baginda permaisuri, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

Sumber: Kosmo

4 hari Pekan bermandi cahaya, sambut ikatan perkahwinan 

Pada 24 hingga 28 Julai 1988 yang lepas, Istiadat Persandingan Diraja antara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah diadakan di Istana Abu Bakar, Bandar Diraja Pekan.

Sumber: Facebook

Jadi selama 4 hari, Pekan dikhabarkan bermandikan cahaya demi menyambut ikatan perkahwinan Seri Paduka Baginda berdua. Dalam pada itu, pelbagai acara yang telah dianjurkan untuk memeriahkan istiadat persandingan tu, seperti sukan rakyat, perarakan kereta berhias dan macam-macam lagi.

 

Sumber: Facebook

“Veteran Pahang pasti akan mengingati majlis gilang gemilang ini” 

Bagi yang tak tahu, perkahwinan diraja ini juga pernah di live telecast di TV dulu tau! Jadi perkahwinan artis yang live kat TV sekarang bukanlah yang pertama ye.

“Koi yakin, rodong-rodong veteran Pahang pasti akan mengingati majlis yang gilang gemilang ini, tambah-tambah lagi rodong-rodong Pekan. Suasana bandor Pekan yang hening dan tenteram menjadi riuh-rendah menyambut Perkahwinan Diraja ini.

“Kepada rodong-rodong veteran semua, kongsikan memori aokmer berkenan Perkahwinan Diraja ini. Almaklumlah, rodong-rodong muda semua ini tak berkesempatan merasai suasana Perkahwinan Diraja tersebut.”

   

Sumber: Facebook

Seronoknya kalau jadi orang Pahang zaman 80-an ye. Meriah sungguh perkahwinan diRaja mereka zaman dulu… 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Cite Malaya

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "YDP Agong dan Raja Permaisuri Imbau Kenangan Manis Majlis Perkahwinan 33 Tahun Lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*