Seiring Doa dan Usaha – Tawakal

Tawakkal. Bila berbicara tentang hebatnya the power of tawakkal, seiring usaha dan doa, saya teringat dengan satu cerita yang pernah dibualkan bersama sahabat saya yang bertugas sebagai pegawai penyiasat di sebuah institusi baitulmal.

Kisahnya, pejabat baitulmal tempatnya bekerja telah diceroboh semasa semua staf muslimat keluar berehat, manakala staf muslimin pergi menunaikan solat fardu Jumaat.

Salah seorang pegawai, Ustaz K yang paling awal tiba hanya menyedari grill diros4kkan dan cuba menangkap pencer0boh yang didapati sedang menggeledah namun tidak berjaya kerana pencer0boh bersenj4ta taj4m.

Mujur saja tidak diceder4kan, kerana pencer0boh bergegas lari selepas mengu gut m4ngsa dengan senj4tanya.

Mereka bernasib baik kerana pencer0boh tidak sempat menggeledah lebih lama dan tiada satu pun dari aset baitulmal, dokumen penting mahupun harta benda staf yang dilaporkan hilang.

Abaikan jika ada suara-suara yang berkata pasang grill tujuh lapis sekalipun, siap berantai besi bermangga kunci belum tentu selamat. Kalau dah namanya pencer0boh, tetap juga rab4k.

Apa yang harus difokuskan di sini, sekurang-kurangnya kita mesti berusaha, bukannya tiada langsung.

Ala kulli hal, syukur kerana semuanya terselamat dengan izin dan bantuan Allah. Mungkin juga kerana amalan para staf yang setiap hari sebelum bekerja mengamalkan bacaan Ma’thurat.

Mereka juga sering diperingatkan untuk mengamalkan ayat ke-9 dari surah Yasin sebagai pelindung diri.

Di sini kita lihat, bagaimana mereka berusaha melindungi keselamatan seisi pejabat dengan pemasangan grill, namun akhirnya dipecah masuk juga.

Tak cukup dengan itu, mereka amalkan doa agar sentiasa dilindungi.

Dari situ kita dapat lihat bagaimana hebatnya tawakkal itu berfungsi, apabila kita berusaha dan berdoa, lalu menyerahkan segala-galanya kepada Allah, untuk melindungi kita.

Kita sering menyebut, “Tawakkal je la..” bila kita sudah habis daya ikhtiar untuk berbuat sesuatu.

Malah kadang-kadang, tanpa apa-apa usaha yang padu, kita sudah semudah-mudahnya meletakkan tawakkal kepada Allah.

Seolah-olah kita serahkan bulat-bulat, sfera-sfera terus kepada Allah. Tanpa perah keringat kudrat tulang empat kerat sendiri. Tanpa kerah akal yang Allah bagi. Tunggu saja, bantuan daripada Allah pasti tiba.

Ya lah. Allah kan ada. Maha Berkuasa pula tu. Takkan tak boleh tawakkal kot?

Cuba bayangkan, jika kita seorang pelajar. Selalu pon teng. Latihan tubi tak pernah siap. Kerja kursus jauh sekali panggang dari api.

Tiba-tiba sebelum peperiksaan, kita dengan muka sepuluh sen datang merayu kepada cikgu supaya bagi full mar, atau sekurang-kurangnya lulus cukup makan.

Rasa-rasanya, wujud tak seorang cikgu di atas muka bumi yang fana ini bersifat siuman lagi murah hati menyumbang markah simpati untuk pelajar spesies terlajak m4las sebegini?

Berbalik kepada topik utama, agak-agak Tuhan nak tolong tak hambanya yang tiada daya usaha, sihat walafiat tapi malas, tiba-tiba dengan muka tak m4lunya minta Allah sediakan segalanya untuk dia?

Islam Bukan Agama Magis

Tak semudah itu. Islam bukan agama magis. Tawakkal menurut agama adalah menyerahkan segalanya kepada Allah, setelah berusaha sehabis daya kudratnya.

Bererti tawakkal bukan batu loncatan untuk kita berlepas tangan daripada berusaha sehabis baik.

Usaha, doa dan tawakkal – ketiga-tiganya sama penting. Ketiga-tiganya harus bergerak seiringan, dalam apa jua keadaan.

Usaha tanpa doa dan tawakkal adalah kesomb0ngan. Doa tanpa usaha dan tawakkal adalah kesi4-si4an. Tawakkal tanpa doa dan usaha hanya angan-anganan.

Ketika Allah berfirman dalam surah Ali-Imraan ayat 159, Allah ingin tunjukkan kepada kita, bahawa Nabi juga bermusyawarah dengan para sahabat, kemudian bertawakkal dan berserah kepadaNya.

“Maka disebabkan rahmat daripada Allahlah kamu (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu . Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.” (Surah Ali Imran, 3:159)

Pernah dengar atau masih ingat lagi dengan hadis ikat unta sebelum tawakkal?

Amr bin Umayyah r.a. berkata, “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah aku ikat dahulu unta lalu bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakal?”” Baginda menjawab, “Ikatlah (untamu) lalu bertawakkallah.” (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, 1/368)

Bertawakkallah, dengan sebenar-benar pengertian tawakkal. Kerana Allah sangat mencintai hamba-hambaNya yang bertawakal.

Bagaimana?

Dengan mencukupkan segala urusan mereka.

Barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya.” (Surah At-Thalaq, 65:3)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Seiring Doa dan Usaha – Tawakal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*