Dunia Hanya Persinggahan, Jom Siapkan Bekalan

Kita hidup di dunia ini hanya sementara.

Dunia ibarat kita singgah di perhentian R&R (rehat dan rawat), hanya seketika.

Di mana kehidupan kita adalah sebuah perjalanan daripada Allah kepada Allah.

Jangan pernah persi4kan hidup kita di dunia, kerana tempat kita yang kekal adalah di negeri akh1rat.

Semua manusia akan pulang bertemu dengan Allah mengikut perjanjian masing-masing.

Jadi persiapkanlah bekal sebanyaknya untuk sebuah perjalanan yang lebih panjang.

Ketahuilah setiap yang bernyawa pasti akan merasai m4ti.

Kesemua kita akan bertemu dengan pencipta kita yang Maha Agung.

Jadi, apa yang kita ingin persembahkan pada Allah, saat perhitungan dijalankan?

Apa yang kita ingin jawab pada Allah saat amalan kita hanya biasa-biasa?

Mungkin sewaktu kita di dunia kita nampak baik dan soleh di pandangan mata manusia, tetapi sebaliknya kitalah pelaku m4ksi4t tegar.

Takutlah kepada Allah saat kita bersendiri.

Takutlah kepada Allah saat tiada sesiapa di sisi melihat kita.

Tiada gunanya kita pertontonkan kesolehan kita di hadapan manusia, sedangkan di hadapan Allah kita pertontonkan keingkaran kepada Dia.

Kerana pandangan Allah itu lebih utama daripada pandangan manusia.

Ingatlah az4b Allah yang sangat keras.

Kalaulah kita sedang berbuat m4ksi4t, tiba-tiba aj4l datang.

Adakah sempat untuk kita bertaubat?

Sungguh, kematian sangat menghampiri kita.

Hidup di dunia hanya sebentar. Cuma, ayuh persiapkan bekal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dunia Hanya Persinggahan, Jom Siapkan Bekalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*