Satukan Hati Kami

Perkahwinan atau pernikahan penyatuan dua hati sang bidadari dan perwira yang mempunyai pelbagai kehebatan.

Harus ingat sentiasa perbaharui niat perkahwinan kerana ia merupakan satu proses kehidupan yang baru pengalaman dan garis panduan dari ibu ayah berlandaskan konsep rumah tangga Islam menadikan rumah tangga itu kekal hingga jannah.

Nikah, ijab dan qabul merupakan perkataan yang biasa didengar dalam konsep perkahwinan.

Tanpa perkataan ini tiada wujudnya perkahwinan dalam kehidupan yang kudus ini.

Ayuh kita muhasabah misubah yang bakal ditempuh dalam kamus kehidupan ada 3 perkataan yang harus dihadam agar kita sedia untuk menghadapi bahtera kehidupan yang perlu banyak kesabaran agar Jannah milik kita di akhirnya;

i) B4la

ii) Teguran

iii) Ujian

Kehidupan perkahwinan kadang tidak selalu indah dan tidak selalu sedih. Ia seperti pusingan roda kadang di atas dan kadang di bawah.

Semua ini ada sebab yang Allah ingin kita belajar dalam kehidupan perkahwinan.

Redha adalah perkara mudah diungkap tapi sukar dilafaz. Apabila b4la menimpa Allah minta kita sang suami sang isteri perlu redha raih kembali serta luruskan niat tujuan perkahwinan.

Rebut kembali hati pasangan yang halal untuk kita dan merupakan lubuk pahala bagi kita selain berbakti kepada ibu ayah.

Andai sudah tiada penyelesaian dalam masalah tersebut lepaskan dia. Tapi ingat ia perkara yang dibenci oleh Allah.

Jagalah solatmu sebaiknya insyallah urusan mu akan dipermudahkan kerna Nabi Muhammad SAW akan solat ketika ditimpa musib4h sebagai cara pelepasan dari masalah.

Dari masalah itu Allah ingin menegur cara kita menguruskan kehidupan yang serba kekurangan ini.

Kembali kepada fitrah jangan abaikan tanggungjawab mu sebagai khalifah di bumi Allah.

Setiap kehidupan akan diuji bagi menaikkan darjat seseorang hamba seperti yang terjadi pada Asiah sejauh mana solehahnya ketika diuji bersuamikan seorang raja Firaun yang zalim.

Kunci ujian dalam kehidupan adalah sabar. Andai sabar itu hilang carilah punca kesabaran dan tenangkan hatimu agar rumahtangga yang dibina kekal hingga jannah.

Bukan mudah tetapi tidak payah andai sang suami dan sang isteri menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dalam mencipta keluarga sakinah yang diredhai Allah hingga ke syurga.

Jadilah pasangan yang sentiasa berlumba untuk mencuuri hati pasangan dan sentiasa dahagakan pahala dari Allah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Satukan Hati Kami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*