Satu Langkah Dimulai Dengan Niat

Sebab wujudnya satu langkah dimulai dengan niat baru disusuli langkah kaki.

Kau tahu tak, bilamana kita dah cuba tapi kita g4gal. Rasa s4kit kecew4 itu tak sama macam kita s4kit sebab menyesal tak cuba.

Realitinya, kita takkan pernah mampu buat kerja Tuhan sebab Dia saja yang layak menentukan segalanya. Biar ada air mata d4rah yang keluar, apa yang dah berlaku itu sama sekali tak akan pernah kembali.

Kita juga tak dapat untuk undurkan masa hanya untuk perbetulkan kesilapan kita yang lalu. Langkah milik kita tapi takdir hanya milik Dia. Pencipta. Selama-lamanya begini, takkan pernah berubah. Noktah.

Memang semua orang ada impian dan harapan sendiri yang menggunung mahupun melangit.

Justeru itu kita berjuang inginkan ianya menjadi nyata. Tapi. Ya manusia itu ada keterbatasannya. Semua yang kita mahukan takkan semua menjadi nyata.

Begitu juga dengan impian untuk menjadi seorang yang bertaqwa pun masih ada ujian dan cabaranya, apa lagi nakkan nikmat hidup dekat dunia yang sementara. Kita wajib berusaha!

Segala bentuk kegagalan yang Allah berikan pada kita adalah sebab kegagalan kita untuk melakukan yang terbaik.

Kalau betul kita ini dah bersungguh-sungguh sedaya upaya kita, saya yakin yang silap itu bukan Allah.

Tapi bentuk strategi, susunan atau kaedah yang kita gunakan. Saya yakin dan pasti, kesilapan itu sebenarnya ada pada kita.

Jika kita tersepak batu, yakinlah yang salah itu adalah mata kita yang kurang cekap melihat. Jika kita demam, yakinlah yang salah ialah penjagaan diri kita yang lemah.

Jika kita gagal dalam periksa, semestinya disebabkan oleh kem4lasan kita untuk bersedia sedaya-upaya. Yang ada hanyalah penanguhan dari kita.

Cuba kita ambil contoh batu yang telah melukakan kaki kita tadi. Kalau hati kita tidak bersih, dan fikiran kita tidak jernih, pantas sekali kita menyalahkan orang lain yang meletakkan batu itu di situ.

Padahal, jika diteliti, kita mungkin akan dapat mengelakkan kemalangan tersebut jika terlebih dahulu kita melihat sebelum kita melangkah.

Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah dalam menetapkan segala perkara. Langsung tak ada satu pun yang terlepas daripada pengetahuanNya. Dia Maha Adil, menempatkan semuanya kena pada tempatnya.

Tak ada perkara yang terlepas daripada pengetahuan Allah sehinggakan segala kejahatan dan kekejaman Yahudi laknatullah itupun sebenarnya adalah kerana mereka telah mematuhi hukum alam yang ditetapkan oleh pencipta. Allah SWT.

Ringkasnya, kalau kita sudah berusaha dengan tepat, nescaya Allah akan berikan natijah yang bertepatan dengan usaha kita, iaitu namanya kejayaan.

Jika kita tak  berusaha, ataupun berusaha tapi dengan kaedah yang salah, nescaya Allah akan berikan akibat yang sesuai dengan keadaan itu, iaitu pula kegagalan.

Sebagai seorang  yang sihat hati dan akalnya, pasti kita tak berasa gundah gulana atau sedih dengan takdir yang menimpa dirinya sebab kita sedar segala yang buruk itu adalah akibat dari perbuatan dan kekurangan yang ada pada diri kita.

Tapi tak juga kekurangan dan kelemahan itu menjadikan kita putus harap terhadap rahmat dan kasih sayang Allah.

Bahkan kelemahan dan kekurangan itu sentiasa manis baginya, kerana itulah yang membuatkan kita sedar bahawa kita hanyalah manusia, milik mutlak penciptaNya.

Memberikan dan mengeluarkan yang terbaik yang ada pada diri kita untuk penolong kepada agama Allah. Mencari seberapa banyak ruang dan peluang membawa perubahan ke arah kebaikan untuk diri.

Kejayaan menjadikan dirinya syukur, kegagalan membuatkan dia bertafakur dan kembali bangkit dan meneruskan langkah dengan penuh keimanan, kesungguhan dan kesabaran, kerana yakin pada janji Tuhannya yang pasti, iaitu mati.

Kem4tian menjadikan diri kita sentiasa bersemangat untuk hidup. Menggunakan segala kesempatan yang ada memberikan bakti dan menaburkan budi. Dunia dimanfaatkan sepenuhnya menjadi jambatan ke Akh1rat, negeri yang abadi.

Kalau rasa kau sudah s4kit atas semua ini. Percayalah.

“Tak ada s4kit yang tak ada penawar kecuali m4ti.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Satu Langkah Dimulai Dengan Niat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*