Perjuang Isu Anak Tak Sah Taraf, Lisa Surihani Mahu Tarik Kesedaran Masyarakat

Naluri sebagai ibu kepada sepasang cahaya mata membuatkan hatinya mudah tersentuh, terutama dalam isu membabitkan anak kecil.

Keprihatinan itu juga mendorong Lisa Surihani menyelami isu mengenai anak tidak sah taraf, sekali gus membawanya ke Amsterdam, Belanda untuk mendalami perkara berkaitan.

Lisa berkata, sebagai Duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), isu itu begitu dekat di hatinya, membuatkan dia bertekad memperjuangkan nasib anak yang tidak berdos4.

“Pada awalnya, saya mahu mendalami isu ini sendirian, tetapi apabila mendapat tahu mengenainya, pihak UNICEF memberikan sokongan penuh.

“Saya mahu memahami isu ini dengan lebih jelas, seterusnya bekerjasama dengan badan berkaitan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperbaiki, sekali gus meminimumkan masalah ini.

“Sebagai anak, isteri dan ibu, saya sangat tersentuh dengan isu seumpama ini, malah berharap dapat bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

“Anak tidak sah taraf ini sebenarnya dibelenggu pelbagai masalah, malah paling membimbangkan sekiranya hak mereka dinafikan.

“Bayangkan bagaimana masa depan mereka, sedangkan kanak-kanak ini juga mempunyai potensi sama seperti insan lain,” kata Lisa yang bakal ditemani suaminya, Yusry Abdul Halim sepanjang di sana.

Menurut Lisa, sejak menyertai UNICEF, dia berpeluang mengenali ramai aktivis kemanusiaan dan berharap, ruang itu dapat dimanfaatkan untuk terus membantu masyarakat.

“Saya tidak mahu bersendirian dalam perjuangan ini, sebaliknya mengalu-alukan teman artis lain untuk turut serta. Tidak semestinya hanya isu berkaitan kanak-kanak kerana mereka bebas mengutarakan perkara yang membawa ke arah kepentingan sejagat,” katanya.

Biarpun aktif menjayakan aktiviti kemanusiaan, Lisa berkata, dia tidak pernah membelakangkan kerjaya seni. Selain muncul sebagai pengacara, Lisa akan kembali ke lokasi penggambaran membintangi telefilem ser4m.

“Dunia seni tidak pernah diletakkan di belakang, cuma mungkin ia tidak seperti ketika saya mula menceburi bidang ini. Sekarang, keutamaan saya sudah berubah, tambahan pula dengan tugas sebagai ibu dan isteri.

“Jadi, saya perlu seimbangkan antara minat dan tuntutan rumah tangga. Apabila sudah berkeluarga, saya kena bijak membahagikan masa sebaik mungkin. Saya perlu menggunakan platform yang ada dengan baik untuk manfaat bersama,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : BHonline

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Perjuang Isu Anak Tak Sah Taraf, Lisa Surihani Mahu Tarik Kesedaran Masyarakat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*