Pantulan Diri Sendiri

Cermin. Maksudnya pantulan. Pantulan diri sendiri. Sangat penting, kawan. Sebab kita pantulan apa yang kita lakukan. Misalnya, kita senyum, itu pantulan hati kita yang bersih lagi suci.

Selebihnya, biar urusan kita dengan yang Maha Pencipta, lagi Esa, iaitu Allah SWT. Aku bukanlah seseorang yang arif lagi bijaksana untuk berdiskusi apa tah lah lagi insan yang sesuai untuk merungkaikan segala tanda-tanya bagi tajuk CERMINAN DIRI.

Anda ada cermin di rumah? Ada? Cuba lihat diri sendiri. Selalunya, kita baca doa ketika melihat cermin.

Sepertimana engkau telah mencantikkan wajah ku, maka, cantik kan juga lah akhlak ku.

SOAL HATI

Kita manusia zaman kini, lebih menitikberatkan imej wajah, personaliti diri, pemakaian yang serba-serbi mahal sehingga wujudnya pemb4ziran. Sehingga melupakan cerminan yang satu ini. Yang lebih penting, iaitu cerminan diri yang namanya HATI.

Hati. Ikut hati, m4ti. Ikut rasa, bin4sa.

Maka, berfikirlah secara rasional. Ketika masa saya dan awak, kita membuat keputusan, bawalah minda dan hati. Kerana apa? Kerana hati seringkali berat sebelah. Cenderung ke arah kem4ksi4tan misalnya. Fizikal jadi keutamaan.

Minda? Minda lebih rasional. Kadangkala bersifat sangat kej4m. Maka, kita perlukan kedua-duanya untuk bergabung. Kalau tidak, kenapa dan mengapa Allah menjadikan kedua-duanya. Setiap yang Allah jadi kan tidak pernah sia-sia, kawan. Setiap yang terjadi mesti bersebab. Pasti wujud asbabnya.

Saya dan awak dipertemukan juga kerana Allah. Sama ada untuk kebaikan atau pengajaran. Semuanya ada hikmah. Saya dan awak seharusnya redha dengan apa yang telah dan sedang berlaku. Tawakal dengan setiap yang akan berlaku.

Kita percaya pada Allah, bukan? Saya yakin itu. Setiap yang membaca, punya hati yang sangat baik. Setidak pun dalam proses memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, baik dan baik.

MEMILIH KEYAKINAN

Anda telah meluangkan beberapa minit untuk munasabah dan muhasabah diri sendiri kan? Sebab apa saya yakin? Saya tak yakin dengan anda. Kerana apa? Kalau saya yakin dengan anda, suatu ketika saya pasti kecewa.

Tetapi, saya yakin dengan Tuhan yang menciptakan kita, iaitu ALLAH SWT. Saya tak akan kec3wa. Hati berkec4i. Kerana hati ini berbolak-balik sifatnya. Hati saya r4puh. Saya juga manusia biasa seperi anda, kawan.

KAWAN CERMINAN

Kawan merupakan cerminan diri yang terbaik. Kerana kawan yang baik merupakan pantulan terbaik. Bak kata seorang ustaz yang alim, “Kalau awak nak cari bakal zauj, ketemulah kawannya. Carilah kawannya. Kawannya yang paling akrab. Kerana sepertimana dia tingkahnya, begitulah kawannya. Bukan cari dia, dia boleh men1pu, Iffah.”

“Kalau awak nak cari bakal zauj, ketemulah kawannya. Carilah kawannya. Kawannya yang paling akrab. Kerana sepertimana dia tingkahnya, begitulah kawannya. Bukan cari dia, dia boleh men1pu, Iffah.”

Ya, saya sangat bersetuju. Sekiranya ingin mengenali saya dengan lebih akrab dari kaca mata seorang kawan perempuan yang boleh dipanggil sahabat, carilah Najahtul Najihah Ahmad Kamal dan Syazwani Sayuti.

Sekiranya ingin mengenali saya dengan lebih akrab dari kaca mata seorang kawan lelaki yang boleh dipanggil sahabat, carilah Syafiq Desa. Sekiranya ingin mengenali saya dengan lebih akrab dari kaca mata seorang adik yang boleh dipanggil sahabat, carilah Salfiz Saladin.

Sekiranya ingin mengenali saya dengan lebih akrab dari kaca mata seorang pendidik, iaitu guru yang boleh dipanggil sahabat, carilah Cik Juzanna Zainol, Puan Intan Zuraidah dan Puan Siti Hajar.

Saya tegur kerana saya sayang awak kerana Allah. Saya ingin kita berpimpin tangan menuju ke syurga Allah SWT. Walaupun kita tak pernah bersua muka dan diri kan? Saya ikhlas, InsyaAllah. Setidak pun, istikhlas. Cuba untuk ikhlas. Walaupun tidak sepenuhnya ikhlas kerana itu semua suruhan Yang Maha Adil, bukan?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pantulan Diri Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*