Kewajipan Beradab Dengan Alam

Alam sekitar merupakan anugerah dan amanah untuk kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Adalah menjadi kewajipan untuk kita terus menjaga dan memeliharanya kerana kesannya juga akan berguna untuk anak cucu dan masa depan kita.

Menerusi majalah al-Ustaz (35) yang saya baca, betapa pentingnya sebenarnya untuk kita untuk menjaga alam sekitar ini.

Sabda Baginda: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan keindahan. Allah itu suci dan sukakan kebersihan. Justeru, bersihkanlah tempat tinggal kalian dan janganlah kalian menyerupai golongan Yahudi.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Huukum menanam pokok

Suatu hari Rasulullah SAW masuk ke kebun kurma milik Ummu Mubasyir al-Ansariyyah. Apabila melihat sebatang pokok kurma, beliau bertanya, “Siapakah yang menanam pokok ini, adalah dia muslim atau k4fir?”

Ummu Mubasyir menjawab, “Muslim, wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda: “Apabila seorang muslim menanam pokok, lalu sebahagian daripadanya dimakan oleh manusia, haiwan, burung atau pun binatang buas, maka akan ditulis pahala sedekah baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Langkah menyayangi dan melestarikan alam:

  • Sentiasa muhasabah diri bahawa segala yang ada di sekeliling kita ini ciptaan Allah. Hanya pinjaman. Maksudnya semua ini amanah dan akan dipersoalkan kepada kita kelak.

Sabda Baginda: “Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memud4ratkan dan tidak boleh membalas dengan kemud4ratan.” (Hadis riwayat Ahmad)

  • Meminimumkan pembuangan s4mpah. Asingkan dan lakukan kitar semula.
  • Jauhi pembaziran tenaga elektrik. Sikap boros adalah amalan terku tuk dalam Islam. Elakkan pembaziran, kerana bahan api berlebihan mampu mencemarkan alam.
  • Pemeliharaan udara secara menyeluruh. Elakkan mer0kok dan memb4kar di tempat yang terbuka. Serta elakkan meneb4ng pokok tanpa alasan munasabah.
  • Menggunakan sumber tenaga berteknologi tinggi. Seperti penggunaan tenaga solar.
  • Sentiasa melihat kehijauan waktu pagi kerana suasananya menyamankan. Bandingkan dengan suasana di sekeliling kita dengan tempat yang tidak memilikinya.
  • Jaga kebersihan rumah, tempat kerja dan sekeliling kita. Jangan biar s4mpah sarap atau apa pun mencemarinya.

Sabda Rasulullah SAW: “T4kutlah kamu kepada dua perkara yang menyebabkan dil4knat.” Sahabat bertanya: “Apakah ia dua perkara itu?” Sabda Baginda: “Orang yang membuang air besar di laluan orang ramai dan di tempat teduh mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

  • Saling bantu-membantu untuk menjaga kehijauan dan kebersihan bumi. Jika semua bersatu hati, pasti bumi akan jadi tempat yang selesa untuk kita semua.

Sabda Rasulullah: “Dibentangkan kepadaku amalan-amalan umatku, baik dan buruknya. Maka aku dapati antara amalan yang baik bagi umatku adalah mengalihkan daripada jalan sesuatu yang menyusahkan lalu lalang dan meny4kiti orang yang melaluinya. Serta aku dapati antara amalan yang buruk pula adalah air ludah di dalam masjid yang tidak ditimbuskan dengan tanah.” (Hadis riwayat Muslim).

Fikirkan kesan buruk jika sesuatu yang tidak elok berlaku pada alam sekitar. Didik diri dan keluarga untuk mencintai alam dan memeliharanya sebaik mungkin.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala benc4na di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum ayat 41)

Umat Islam wajib mengamalkan penjagaan serta memelihara alam sekitar. Marilah kita bersama-sama memulakan menjaga alam dan keadaan sekeliling kita. Di akhirnya nanti kita semua juga yang akan dapat manfaatnya. Insya-Allah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kewajipan Beradab Dengan Alam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*