Apakah Hikmah Setelah Diuji?

Apabila membaca artikel “Musib4h Itu Nasrullah” daripada majalah Solusi, saya begitu tertarik untuk mengulasnya di sini.

Seawal hidup kita perlu tahu, hidup akan sentiasa diuji melainkan ketika kita sudah m4ti. Mungkin sejauh mana pun kita bersedia, kadangkala kita j4tuh juga.

Kita tidak tahu bagaimana tindak balas kita ketika diuji, semakin dekat atau semakin jauh daripada Allah pun kita tidak pasti.

Adakah kita akan menyalahkan takdir?

Moga kita dijuahkan dengan syirik. Allah uji kita bukan untuk kita menanggung d0sa. Yang Allah pinta adalah untuk kita beristighfar dan bertaubat.

Ulama selalu berpesan yang senada. “Janganlah kamu memb3nci b4la yang sedang melanda dan kesusahan yang sedang berlaku. Kerana boleh jadi perkara yang kamu benci, padanya terletak kejayaanmu. Dan boleh jadi perkara yang kamu utamakan, padanya kehancuranmu.” – Al-Hasan.

Jenis-jenis musibah & apa yang perlu dilakukan ketika diuji?

Ada dua: musibah disebabkan ujian atau musibah disebabkan d0sa.

Apa yang perlu dilakukan, jangan menambah d0sa atau berputus asa. Teruskan berdoa, sabar dan reda. Elakkan melakukan perkara khur4fat, sy1rik dan jangan sesekali meninggalkan solat.

Perbaiki kesilapan diri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah dan manusia lain.

Apabila dikatakan bahawa musib4h itu adalah nasrullah (pertolongan Allah), sebahagian kita pasti merasa keliru.

Setelah diuji dan diduga, merasa hilang dan sunyi, itu dikatakan sebagai pertolongan? Tenang.

Nasrullah yang dimaksudkan di sini adalah bantuan awal daripada Allah untuk kita untuk lebih bersedia menghadapi dugaan yang lebih besar termasuklah musibah pada hari ki4mat.

Ya, kita tidak tahu, melalui ujian itu mungkin ada hikmah dan kita akan dapat kebaikan yang banyak.

Apakah tindakan kita setelah diuji?

Kita perlu bertaubat serta meninggalkan maksiat. Perlahan-lahan berubah menjadi manusia yang lebih baik. Berfikiran positif dan atasi musibah dengan semangat.

Jangan sesekali menyalahkan takdir dan semakin melakukan d0sa. Jangan!

Apakah hikmah musibah?

Ya. Kadangkala kita tidak sabar. Memang manusia dijadikan dengan sifat berkeluh-kes4h. Di hati kita penuh tanda tanya.

Antara cara sabar dan tabah ketika menghadapi musib4h adalah membetulkan cara pandang kita.

Ujian tetap berlaku sejauh mana pun kita kuat menjerit. Maka kita tumpukan pada kebaikannya:

  • Musib4h akan menghapuskan d0sa-d0sa kita
  • Musib4h meringankan hukuman di akh1rat
  • Merasa insaf diri
  • Membuka pintu taubat
  • Memangkin diri menjadi lebih baik
  • Mendekatkan diri semula dengan Allah
  • Melembutkan jiwa, kembali menjiwai keperitan orang lain
  • Menyedarkan hidup di dunia ini sementara
  • Menguatkan iman, Allah benar berkuasa
  • Meninggikan darjat
  • Menambah pahala
  • Allah sukai kita
  • Mungkin ada kejutan baik yang disediakan Allah
  • Praktikal bermain dengan qada dan qadar Allah. Sudah ditetapkan sejak azali lagi. Allah berkuasa mutlak ke atas kita

Bagaimana menemui hikmah itu?

  • Usah bimbang, teruskan buat kerja kita. Jangan terlalu persoalkan orang lain, yang penting kita bangkit dan memperbaiki keperibadian kita.
  • Ubah cara faham agama. Kejayaan itu daripada Allah dan musibah ialah isyarat Allah bahawa kita perlu berubah. Bersungguh-sungguhlah dalam mendalami dan mengamalkan ilmu yang kita ada.
  • Tingkatkan keazaman dan keyakinan kepada ketentuan Allah. Kebaikan perlu diusahakan berkali-kali.
  • Kurangkan perbalahan, perbanyakkan kebaikan. Kita tidak tahu mana yang terbaik pada pandangan Allah. Yang perlu kita tahu, adakah kita sudah buat yang terbaik dalam perkara yang kita ceburi.
  • Jangan gop0h. Jangan terlalu cepat mahu doa dimakbulkan. Sabarlah dalam meminta selain tetap taat menunaikan suruhan-Nya. Yakinlah, kesabaran, usaha dan doa kita tidak akan sia-sia di sisi-Nya.

Allah berfirman: “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah ayat 216)

Moga kita semua kuat dan dapat merasakan nikmat hikmah di sebalik setiap ujian yang menimpa.

Jangan sesekali kita berputus asa kerana ada ganjaran besar untuk mereka yang sabar dan tetap menunaikan solat serta mengingati-Nya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Apakah Hikmah Setelah Diuji?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*