“Aisya Dah 44 Hari…” – Nur Aisya Jadi Penawar Hati Umie Aida… Comel Sangat!

Kehadiran bayi perempuan diberi nama Nur Aisya dalam kehidupan Datin Seri Umie Aida diibaratkan sebagai penawar buat pelakon itu.

Menjaga si kecil sejak usianya 12 hari, bintang filem Dukvn berkenaan meluahkan kegembiraan menjaga bayi terbabit di laman sosial Instagramnya, baru-baru ini.

“Luas nikmat Allah selepas kehadiran si kecil ini. Rahmatnya juga sangat indah. Dia sekarang umpama penawar hati dalam setiap suka duka diri ini. Dia juga umpama anugerah dan amanah yang cukup besar nilainya.

“Sebagai ibu, saya terima kehadirannya dengan penuh tanggungjawab. Saya akan menjaganya sebaik mungkin. Seperti mana saya mendidik anak dengan penuh kasih sayang dan didikan agama, hal sama saya akan terapkan kepadanya.

“Sekarang, nak berenggang dengannya pun rasa susah. Seperti ibu yang baru bersalin, semua perkara saya lakukan sendiri,” katanya yang turut membintangi drama Atin, Atan & Mak Cun siaran TV3 itu.

Jelas isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ini, pada mulanya dia tidak merancang untuk menjaga Nur Aisya.

“Awalnya, memang saya sekadar memanjangkan mesej dan bertanya kepada semua rakan, siapa yang berminat mengambil anak angkat? Namun tiada maklum balas. Selang beberapa jam, saya bertanya semula kepada ibu bayi berkenaan, apakah sudah ada yang mahu menjaganya?

“Selepas ibunya memberi jawapan belum ada yang berbuat begitu, saya terus bersetuju untuk menawarkan diri menjaganya. Suami saya pun tidak menghalang saya mengambil anak angkat,” katanya.

Adik kepada pelakon dan pengarah, Erma Fatiman, itu berkahwin dengan Khairuddin pada Mac 2010, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, Umie, 46, memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BHonline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Aisya Dah 44 Hari…” – Nur Aisya Jadi Penawar Hati Umie Aida… Comel Sangat!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*