Terima kasih Rakyat Malaysia! Foto Ainul Dalam Perjalanan Pulang Ke Malaysia Hari Ini

Sebelum ini, adik Ainul Mardhiah yang diterbangkan ke London bagi menjalani pembe4han membuang ketumbvhan di mulut dilaporkan akan pulang ke Tanah Air pada pertengahan bulan Julai. Namun begitu, atas sebab-sebab tertentu, penerbangan pulangnya terpaksa ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram ibu dan bapa Ainul, mereka dilihat telah memaklumkan bahawa akan berangkat pulang ke Malaysia pada hari ini. Hal tersebut dijelaskan menerusi IG story bapanya iaitu Ahmad Safiuddin dan ibunya Nurul Erwani.

Menerusi Instagram masing-masing, ibu bapa bayi kesayangan Malaysia ini kelihatan sudah bersedia didalam pesawat menuju ke Malaysia selepas lebih sebulan berada di luar negara. Kesihatan Ainul turut berada dalam keadaan memuaskan sejak hari pertama pembed4han itu berjaya.

Sudah tentu berita gembira ini amat dinantikan oleh rakyat Malaysia kerana sudah mengikuti perkembangan kesihatan bayi comel tersebut sejak awal lagi.

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar perjalanan pulang Ainul sekeluarga dipermudahkan. Semoga adik Ainul Mardhiah terus sihat seperti kanak-kanak lain di masa hadapan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Geram sebab walid tak bagi dia hisap jari 😁

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Viwanita

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Terima kasih Rakyat Malaysia! Foto Ainul Dalam Perjalanan Pulang Ke Malaysia Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*